Panas sungguh cuaca hari ini. Saya perasan sudah dua hari panas membakar bumi. Berbeza dengan minggu – minggu lepas, hujan , badai , taufan , puting beliung, semua ada. Masyaallah. Rasa ngeri tengok video di kawasan Sijangkang, Selangor tempoh hari. Semoga cuaca di Malaysia baik – baik sahaja. Amin ya robbal alamin. Berbalik kepada artikel kali ini. Saya akan kongsikan pengalaman saya bersama adik ipar saya membeli komputer terpakai di kawasan Kuala Lumpur, insyaallah.
Pencarian Laptop Second Hand di Kawasan Kuala Lumpur / Selangor
Oleh sebab ini kali pertama saya membeli laptop second hand, saya cuba bandingkan sama ada berbaloi untuk beli di kedai fizikal atau online. Sepintas lalu, semasa saya melayari laman web Shopee berkenaan laptop terpakai, banyak laptop dijual dengan harga yang murah dan berpatutuan, review yang baik, dan penjual yang nampak dipercayai. Tetapi , mungkin minda old school seperti saya membuatkan saya lebih memilih kedai yang fizikal. Maksudnya, saya boleh nampak sendiri produk tu, lihat, pegang dan menggunakannya sebelum membeli. Dia punya feel lain.
Saya teringat ketika pertama kali membeli komputer pada awal tahun 1990 an. Ayah saya membawa saya ke Shopping Mall berdekatan dengan rumah saya untuk membelinya. Pada waktu tu, komputer tu kira barang yang mewah. Harga komputer saya masa itu hampir RM 1900 . Padahal, komputer jenis biasa sahaja. Komputer meja, bukan notebook. Mahal juga kalau ikut perkiraan masa itu. Ada add on macam speaker dan headfon yang kurus kering tu. Alhamdulillah, dapat juga la merasa menggunakan komputer.
Oleh sebab itu, saya lebih suka beli secara fizikal. Kita berasa lebih puas dengan pembelian kita. Tetapi, tidak semua benda saya suka beli secara fizikal. Kalau produk itu bernilai rendah (Contohnya , harga dalam RM30 ke bawah), saya lebih suka beli secara online sahaja sebab kalau saya ditipu, tidak lah begitu kecewa. Dan setakat ini, alhamdulillah semua produk online yang saya beli, bagus kualitinya .
6 Tip Berguna Sebelum Membeli Laptop Terpakai di Kedai Fizikal
Seperti biasa, saya akan melakukan pencarian di Google, Facebook, dan enjin – enjin pencari yang lain. Memang banyak syarikat atau orang persendirian yang menjual laptop terpakai, tetapi susah kita nak tahu sama ada mereka original atau scammer. Ini ialah ciri – ciri yang saya gunakan untuk memilih kedai fizikal laptop terpakai yang bagus dan dipercayai:
- Saya akan lihat Google Review mereka di Google. Disini, kita dapat membezakan sama ada review mereka adalah jujur atau dihasilkan oleh mesin komputer / AI (Artifical Intelligent). Seperti contoh, kalau dah nama orang yang review tu Ahmad Carlos Santana, jelas – jelas lah nama palsu / fake account. Ada juga yang nampak nama seperti nama orang Malaysia, seperti Muhammad Amin, tetapi gaya bahasanya amat pelik. Jadi kita filter out di situ untuk menentukan sama ada gogole review dia asli atau tidak. Tahukah anda, ada servis untuk mebuat fake review tau di Internet. Kita harus berhati – hati!
- Kemudian, saya akan lihat , kalau banyak 4 dan 5 bintang di Google Review dia, insyaallah bagus produk / kedai tersebut. kalau pun ada yang 1 bintang rating dia, saya akan semak, complaint pelanggan mengenai apa? Jika mengenai proses penghantaran, itu bermakna produk tidak bermasalah, cuma syarikat penghantaran sahaja yang bermasalah.
- Kemudian, saya akan lihat sama ada penjual ada akaun media sosial seperti Facebook / Tiktok dan lain -lain. Dari akaun media sosial, kita tahu sama ada penjual aktif post artikel, berapa follower, aktif atau tidak dia layan soalan – soalan pelanggan di komen.
- Kemudian, saya akan semak sama ada penjual / syarikat itu ada laman web atau tidak. Sekarang, kos mebuat laman web sudah lebih murah. Tidak logik jika penjual barangan komputer tetapi tidak mempunyai laman web sendiri.
- Kemudian,saya juga akan semak sijil SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) untuk mengetahui sama ada mereka berdaftar atau tidak. Sekarang, sudah menjadi satu kesalahan kepada penjula yang tidak mendaftar syarikat mereka di SSM. Kos untuk mendaftar syarikat juga lebih murah. Tidak logik juga jika mereka tidak mendaftar syarikat mereka.
- Kemudian, saya akan cuba FB mesej atau whatsapp mereka. Kita tengok macam mana mereka reply soalan – soalan kita. Tengok cara jawaban mereka. Jika endah tak endah, abaikan sahaja. Apalagi yang jawab setelah beberapa hari, nampak sangat tidak profesional!
Jika semua syarat – syarat itu terpenuhi, barulah saya akan semak lokasi syarikat mereka di mana dan bagaimana lokasinya. Kemudian, saya terus ke sana. Di kedai itu, macam biasalah, kita semak satu persatu komputer, cuba tekan, belek dan tanya pelbagai soalan , warranty dan sebagainya. Setelah berpuas hati, lakukan pembayaran dan jangan lupa minta resit. Cuba periksa komputer terpakai di situ juga. Setelah berpuas hati, barulah anda berdedar dari kedai itu, dengan harapan komputer anda tidak bermasalah.
Bagi kes adik ipar saya, dia memilih laptop Chromebook terpakai. Alhamdulillah , harganya sangat berpatutan. Senyum sokmo die 🙂
Apa Sahaja yang Perlu Anda Semak Apabila Membeli Laptop Terpakai?
Disini, saya senaraikan apa sahaja yang saya semak sebelum membeli laptop terpakai:
- Semak jenis sistem pengoperasian laptop
- Jika anda pilih laptop Chromebook, maka Sistem Pengoperasiannya ialah Chrome OS dari Google. kalau anda mementingkan kelajuan , lancar dan ringan, boleh pilih laptop Chromebook atau apa apa laptop mini yang menggunakan sistem Chrome OS
- Jika anda pilih laptop yang boleh mengedit video menggunakan perisian seperti Filmora atau Windows Movie Maker, atau mengedit gambar menggunakan Adobe Phtoshop, saya cadangkan anda membeli laptop yang berasaskan sistem pengoperasian Windows.
- Semak tarikh expired update sistem operasi laptop
- Semak screen laptop
- Bagi laptop yang adik ipar saya pilih, skrin laptopnya jenis foldable. Maksudnye, skrinnya sudah seperti Ipad apabila dilipat, dan masih berfungsi dengan baik. Ada laptop lain yang bukan jenis foldable, jadi harganya lebih murah sedikit. Ada lagi jenis screen yang agak tercalar sedikit, tetapi masih boleh digunakan. Maka, harganya lebih murah lagi. Apabila saya bersembang dengan penjual, dia memberitahu ada beberapa jenis gred laptop atau komputer terpakai iaitu Gred A (Paling bagus), Gred B(Okay) dan Gred C. Kalau anda ada bajet lebih, beli yang jenis Gred A. Dapat yang berkualiti sedikit tetapi lebih murah daripada membeli laptop baru.
- Semak suara Laptop
- Pastikan suara dari laptop jelas dan kuat. Saya ada semak 2 model laptop semasa di kedai tersebut. Yang pertama, suaranya agak perlahan. Yang satu lagi, suaranya sangat jelas. Apabila saya buka beberapa video Youtube untuk mendengar dan membandingkan suara laptop, saya dapat membandingkan dengan jelas. Buka juga video di dalam Chromebook untuk membandingkan suara. Adik ipar saya banyak berurusan dengan kanak – kanak. Jadi, laptop dengan suara yang kuat, sangat membantu dia.
- Semak papan kekunci
- Pastikan semua butang di dalam keyboard berfungsi. Buka aplikasi Notes atau Google Docs untuk semak setiap butang. Pastikan butang shift juga berfungsi.
- Semak memori (RAM = Random Access Memory) laptop
- Semakin tinggi memori laptop anda, semakin cepat dan lancar urusan penggunaan aplikasi dalam laptop anda. Biasanya laptop dengan memori 2 GB ke atas sudah memadai jika anda menggunakan laptop untuk tujuan ringan seperti menaip, menganalisis data dan melayari internet. Jika memori komputer terlalu rendah, maka, laptop akan cepat lag / lambat / loading dan ia akan membantutkan kerja anda. Bagi saya 2 GB kira boleh juga lah. Untuk kerja – kerja ringan seperti yang saya sebutkan di atas, insyaallah okay. Kalau ada bajet lebih , boleh cari yang lebih tinggi memori. Ingat ya, 2GB juga sudah memadai! Antara cara untuk mengelakkan laptop menggunakan memori RAM yang banyak ialah jangan membuka terlalu banyak Tab dalam browser anda! Kalau setakat 3 ke 4 tab, insyaallah, ia tak akan menggunakan banyak memori. Tetapi, kalau sudah buka sampai 15 tab , confirm laptop akan lag / slow!
- Cara menyemak memori laptop ialah dengan: Klik ikon jam di bawah kanan laptop → gear ⚙️ Settings → Device → About device → lihat bahagian Storage untuk semak ruang memori.
- Semak saiz storan / penyimpanan laptop
- Saiz storan juga memainkan peranan penting. Zaman sekarang , kebanyakan Chromebook mempunyai storan 100 GB ke atas. Untuk penggunaan yang ringan, ini sudah mencukupi. Cuma, kalau ada storan yang lebih banyak, pada harga yang tidak jauh berbeza, and boleh pilih juga. Kalau masih perlukan storan tambahan, gunakan sahaja external hard drive / storan luaran. Atau boleh juga guna USB drive / pendrive.
- Semak charger laptop
- Pastikan bateri masih beroperasi dengan baik. Semak kesihatan bateri anda. Jika penjual itu jujur, dia akan beritahu tahap kesihatan bateri laptop anda. Sebagai contoh, penjual di Plaza Imbi ada menawarkan saya satu laptop chromebook yang sudah agak rosak baterinya, dimana baterinya sudah tidak boleh di charge, tetapi masih boleh diguna dengan cara direct charge laptop semasa menggunakan laptop yang bermaksud , laptop itu hanya boleh digunakan dengan plug in wayar ke soket dan bateri tidak tercas apabila dihidupkan. Yang penting, penjual itu jujur. Ini yang kita nak. Jujur dalam meniaga, pasti ada keberkatannya. Begitu juga dengan peniaga di Jeneral Geek, penjualnya jujur memberitahu keadaan setiap laptop.
- Hidupkan laptop, dan matikan kembali, kemudian hidupkan lagi
- Tujuannya, untuk kita mengetahui sama ada laptop yang kita akan beli nanti ada masalah atau tidak dengan Power Button nya. Jika ia hidup kembali dalam masa yang normal, insyaallah okay. Antara sebab adik saya membeli laptop Chromebook ialah kerana instant on / pantas hidup, setelah butang on ditekan.
- Semak bucu – bucu laptop
- Anda wajib menyemak setiap bucu di laptop kerana akan ada sedikit crack (retak) jika gred laptop itu rendah. Jika gred A biasanya semua perfect. Kalau Gred A, biasanya jenis touch screen, foldable / boleh lipat skrin nya, tiada crack dan semua okay. Kalau Gred B dan kebawah, kadang kala ada defect / kerosakan kecil tetapi masih okay untuk digunakan. Contohnya seperti, ada sedikti kerosakan kecil di bucu, skrin ada bergaris sedikit, bateri agak bermasalah sedikit. Kalau saya, kalau setakat skrin jenis bukan touch screen, saya okay sahaja. Kalau kerosakan sedikit – sedikit , insyaalalh tidak menganggu performance. Kita sendiri pilih jenis laptop yang kita nak. Kalau dompet tebal sedikit, boleh pilih jenis yang terbaik. Kalau dompet nipis, kita pilih yang basic, dan tidak rosak major / banyak dan asalkan boleh guna. Setelah ekonomi kita stabil, boleh ambil yang lebih berkualiti. insyaallah. Kita boleh juga minta penjual mengeluarkan komputer atau laptop yang lain. Mana tahu ada yang kita berkenan. Jangan risau, penjual – penjual yang senaraikan di bahagian terakhir artikel ini, semuanya sporting sebab saya sudah menemui mereka pada tahun ini ketika mahu membeli laptop terpakai. Itu sebabnya saya recommend mereka. Saya hanya akan recommend benda yang saya atau kenalan saya sudah beli sahaja!
- Semak word processing
- Ini adalah ciri yang sangat penting bagi adik ipar saya. Dia banyak berurusan dengan data pelajar. Jadi, jika ada masalah dengan word processing, bahaya nanti. Pada awalnya, kami bertanya sama ada Chromebook itu ada Microsoft Word atau tidak. Penjual mengatakan bahwa tidak ada, tetapi Google Docs berfungsi sama seperti Microsoft Word. Setelah penjual memberikan penjelasan panjang lebar mengenai ciri – ciri Google Docs, adik ipar saya rasa ia setanding dengan Microsoft Word kerana dia tidak perlukan ciri ciri advance sangat daripada Word, hanya features basic sahaja sudah memadai dan Goolge Docs juga mampu melakukannya. Selain itu, apabila dia taip sesuatu di dalam Google Docs di satu komputer, dia boleh meneruskannnya di dalam Chromebook kerana ciri syncing yang baik. Penjual ada juga mengesyorkan laptop kecil / mini seperti Chromebook iaitu jenama Acer, dan ia mempunyai aplikasi Microsoft Word, tetapi kerana harga yang lebih tinggi, adik saya memilih Chromebook.
- Semak sambungan / connection to wifi / hotspot handphone
- Pastikan anda semak sama ada laptop anda boleh sambung dengan WiFi atau tidak. Cuba test WiFi di kedai fizikal tersebut. Di Jeneral Geek, anda boleh sambung ke WiFi mereka untuk cuba. Semak kelajuan internet menggunakan laman web seperti Speedtest.net atau TM Unifi Speedtest .
- Cuba connect juga menggunakan hotspot handphone anda. Setelah connect, mainkan Youtube, browse internet dan aplikasi. Jika kelajuan stabil, tiada masalah lagging, insyaallah okay sistemnya.
- Semak tulisan dalam laptop
- Semak sama ada tulisan / font di dalam laptop jelas, tajam dan tidak kabur. Ia penting ketika anda mula menggunakan laptop untuk buat kerja nanti.
- Semak aplikasi yang mungkin anda akan guna
- Jika anda banyak menaip, pastikan aplikasi seperti Google Docs atau Microsoft Word atau WPS Office ada dalam laptop anda.
- Untuk mendengar lagu, pastikan ada media player dalam Chromebook anda untuk membuka audio / video. Selalunya, pasti ada. Jika tiada boleh download secara percuma apliaksi seperti VLC media player
- Semak fungsi kamera
- Pastikan kamera depan berfungsi. Chromebook biasanya ada kamera hadapan sahaja kerana berguna utnuk digunakan semasa meeting menggunakan Google Meet. Cuba set meeting menggunakan Google Meet dan join meeting itu menggunakan handphonea anda. Semak audio dan gambar sama ada jelas atau tidak. Test semua features dalam google meet di laptop anda seperti chat, raise hand, dan lain – lain. Pastikan ia berfungsi dengan baik.
- Tanya sama ada dapat free gift
- Bahagian ini tidak begitu penting. Kalau dapat, best la juga. Adik ipar saya dapat free wallpaper sticker untuk lapik screen belakang dia. Cantik juga warna merah wallpaper itu. Kita tinggal pilih warna sahaja. Ada juga sesetengah penjual lain yang bagi free gift seperti speaker. Ada rezeki, dapat la. Tapi, adik ipar saya cuma dapat free wallpaper sticker.
Setelah anda selesai menyemak semua perkara – perkara berikut, teruskan dengan proses pembelian. Pastikan pembayaran atas nama syarikat. Dan pastikan anda mendapat resit untuk rujukan pada masa akan datang. Terus ambil gambar resit dan simpan di handphone anda untuk rujukan.
Adik ipar saya dan saya ambil masa hampir 2 jam untuk menyemak semua perkara – perakar berikut. Setelah kami berpuas hati, barulah kami melakukan pembayaran. Bagi saya, kedai yang kami pergi ini adalah antara kedai laptop terpakai / refurbished yang paling bagus, kerana layanan mereka ramah, respons mereka apabila kami Whatsapp sangat cepat dan harga yang mampu milik. Alhamdulillah. Sekarang, sudah hampir 3 bulan adik ipra saya gunakan, masih bagus performance laptop dia.
Berapakah Anggaran Harga Laptop Terpakai yang Kami Beli ini?
Ini soalan yang sangat baik. Semasa kami bersoal jawab dengan penjual, ini ringkasannya:
- Laptop mini seperti Chromebook agak murah sedikit berbanding laptop biasa. Harga yang kami dapat bagi Chromebook terpakai ialah dari RM 120 hingga RM200. Sangat berbaloi bagi saya
- Laptop yang biasa, berharga dari RM 300 ke atas
Bagi saya, nak beli laptop jenis mana tergantung pada pemakaian anda.
Kenapa Adik Ipar Saya Beli Laptop Chromebook Terpakai?
Adik ipar saya sudah ada laptop biasa sendiri yang dia gunakan sejak zaman belajar Degree dan Master nya. Tetapi, macam biasa lah, setelah hampir 10 tahun digunakan, mesti akan lag / hang yang teruk, lambat loading, lambat response. Jadi, kalau nak buat kerja, akan stress sebab lambat nak bergerak. Sebab itulah, adik ipar saya ingin membeli Chromebook.
Pada mulanya, adik ipar saya ingin membeli Chromebook yang baru. Tetapi, setelah melihat keadaan dompetnya yang agak nipis, dia terus berubah fikiran. Pada mulanya, dia ingin membeli used Chromebbok secara online. Memang harganya murah, tetapi setelah memikirkan risiko yang bakal dihadapi kerana tidak dapat testing sendiri produk itu, dia meminta nasihat saya.
Terus lah saya cadangkan ke kedai fizikal. Dan setelah hampir 4 bulan menggunakan Chromebook terpakai ini, dia sangat gembira. Ini ialah antara sebab – sebab kegembiraan beliau:
- Bila dia switch on Chromebook, dia terus on, on the spot. Cepat dan pantas, tanpa sebarang lag. Penting untuk kita ketahui, Chromebbok ni dia macam handphone, tapi berbentuk laptop. Maksudnye, features atau ciri – ciri dia seperti handphone. Kita nampak apps yang dalam Google Play di handphone, sama dengan yang ada di Chromebook! Boleh browse guna Chrome browser. Semua pantas dan cepat. Kemudian, kelebihan dia ialah, apabila kita nak login dalam laptop setelah tekan butang On, dia akan keluar info login. Jadi, apabila kita login guna gmail kita, semua features google sudah ada di dalam laptop itu, seperti gmail, Google drive, google meet, youtube dan lain – lain.
- Untuk word processing, dia gunakan Google Docs sahaja. Walaupun tiada Microsoft Word, Google Docs sudah mencukupi kerana , dia boleh save fail dalam extension / format word iaitu .doc dan lain lain. Jadi, sangat memudahkan kerja.
- Senang untuk menggunakan Google Meet. Disebabkan memori (RAM) komputer dia 2GB, mudah dia menyertai mesyaurat yang menggunakan Google Meet. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, dia banyak berurusan dengan kanak-kanak. Sudah pasti akan ada meeting peringkat pentadbir atau pembelajaran secara dalam talian secara PdPr. Di meeting ini, dia cuma gunakan Google Meet dalam chromebook.
- Suara laptop yang sangat jelas dan kuat. Apabila dia perlu memperdengarkan bahan pembelajaran kepada anak murid dia, dengan hanya menggunakan Chromebook, sudah mencukupi. Tidak perlu external speaker. Suara yang jelas sangat membantu dia mendidik kanak – kanak.
- Saiz kecil dan sangat ringan. Ini feature yang sangat dia suka. Adik ipar saya ini menggunakan pengangkutan awam seperti LRT , MRT dan bas perantara LRT. Jadi, sangat penting untuk begnya dalam keadaan ringan. Sebelum membeli Chromebook ini, adik saya menggunakan laptop biasa dia. Saiz yang besar dan agak berat, menyebabkan pinggang nya sakit sakit selalu. Jadi, Chromebook ni macam life savior kata die. Sebab die jarang dapat tempat duduk ktika di LRT atau MRT. Bayangkan berdiri sejam lebih, setiap hari. Sakitnya tu tak boleh tahan, kata adik ipar saya.
Apakah Nama Kedai Fizikal Laptop Terpakai yang Kami Beli?
Ada banyak kedai yang kami jumpa semasa mebuat kajian. Dan 2 kedai ini yang kami pergi sendiri dan alami proses jual belinya sendiri, dan setakat kami guna produk mereka, setakat ini, masih okay:
- Kedai Jeneral Geek
- Alamat: C-11-01(No 1), Level 11, Block C Menara Uncang Emas Jalan 5/93, Miharja, Off, Jln Loke Yew, 55200 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Cara ke kedai ini menggunakan pengakutan awam: Naik LRT dan turun di stesen Miharja. Jalan kaki melalui perumahan awam dalam 8 minit untuk ke lokasi. Anda harus menyeberang menggunakan jejantas untuk sampai ke sini.
- Kedai di dalam Plaza Imbi, Bukit Bintang
- Alamat: Jln Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Nanti, saya akan update nama kedai yang di Plaza Imbi ini
- Cara ke kedai ini menggunakan pengakutan awam: Naik MRT dan turun di stesen Bukit Bintang. Jalan kaki dalam 8 minit untuk sampai ke lokasi.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat. Insyaallah artikel ini akan di kemaskini dari masa ke semasa berpandukan maklumat yang terbaru kami dapati dan alami sendiri kerana semua info di dalam blog ini adalah berdasarkan pengalaman kami sendiri 🙂
1 thought on “Pengalaman Beli Laptop Terpakai di Malaysia: Kenapa Saya Pilih Kedai Fizikal, Bukan Online”