Pengalaman Buat Pemeriksaan Kesihatan PEKA B40 2025: Cara Daftar, Semakan Kelayakan & Faedah Kesihatan Percuma Dari KKM

Text Size:

Alhamdulillah, bulan lepas, saya membawa ibu dan ibu mertua saya untuk pemeriksaan kesihatan melalui sistem PEKA B40 di klinik kesihatan kerajaan dan klinik swasta. Alhamdulillah, urusan untuk mendapatkan manfaat PEKA B40 sangat mudah.

Peka B40 ialah singkatan bagi Skim Peduli Kesihatan Bagi masyarakat dari golognan B40. Kalau anda perasan, kalau anda ke pasaraya – pasaraya besar seperti Lotus, Econsave atau yang lain – lain, mesti ada pegawai yang membuat booth / ruang kecil untuk memberi penerangan mengenai apa itu Peka B40 dan manfaatnya.

Oleh sebab ini kali pertama saya menggunakan program PekaB40, saya agak pening bagaimana urusan pendaftaran dan cara untuk membuat semakan. Sebenarnya, caranya senag sahaja. Oleh sebab ibu saya juga adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah , maka secara automatik layak untuk Skim Peka B40. Umur ibu saya yan gjuga sudah lebih 40 tahun, juga menyebabkan layak untuk menerima skim ini.

Sebenarnya, anda tidak perlu memohon untuk mendapatkan faedah darinya. Jika anda adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda secara automatik. Cuma pastikan umur anda melebihi 40 tahun

Jika anda memilih Klinik Kesihatan Kerajaan, anda perlu membuat temujanji, menggunakan aplikasi My Sejahtera. Anda tinggal pilih lokasi klinik kerajaan dan pilih tarikh yang disediakan. Jika tarikh yang ada terlalu lama, atau anda perlukan tarikh yang berlainan, anda boleh pilih klinik kesihatan lain yang berdekatan dengan klinik itu.

Jika anda lebih memilih untuk ke Klinik Kesihatan Swasta, anda perlu merujuk senarai klinik kesihatan swasta di dalam laman web Protect Health. Di bahagian Address, taip bandar anda. Sebagai contoh, jika anda tinggal di Gombak, taip Gombak di bahagian Address itu. Nanti, akan keluar semua klinik swasta yang menjadi klinik panel untuk Skim peka B40 di kawasan Gombak. Jika anda sudah tentukan klinik mana yang anda inginkan, terus hubungi klinik tersebut untuk membuat temujanji. Bagi klinik swasta, anda tidak perlu booking temujanji di aplikasi MySejahtera. Anda harus hubungi klinik tersebut secara langsung. Anda set kan bila hendak pergi ke klinik.

Bagi kes ibu saya, saya memilih ke klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah. Ada juga slot kosong untuk ibu saya di aplikasi MySjehatera. Setelah itu, saya terus pergi ke klinik pada masa yang ditetapkan. Saya pilih seminggu dari tarikh semakan. Apabila sampai sahaja di klinik, doktor ada menyatakan sama ada emak saya puasa atau tidak? Alamak, saya lupa pula bertanya kepada klinik sebelum ke sini. Tetapi doktor kata, tidak mengapa, kita ambil sahaja bacaan darah dan tulis sebagai random atau non-fast blood test. Sebaiknya kata doktor, untuk puasa terlebih dahulu sebelum melakukan ujian darah dan lain – lain. Ini untuk memastikan keputusan ujian lebih tepat. Setelah seminggu, saya mendapat panggilan daripada pihak klinik untuk menerima keputusan ujian. Alhamdulillah, semua bacaan ibu saya okay tetapi kami tidak diberikan salinan keputusan ujian.

Bagi kes ibu mertua saya, saya memilih untuk ke klinik swasta. Tujuannya saya untuk mengetahui perbezaan antara servis skim pekaB40 di klinik kerajaan dan swasta. Saya telefon terlebih dahulu klinik swasta yang ingin saya tuju. Pihak pengurus menyatakan boleh walk ini , Di klinik itu, ibu mertua saya diberikan satu bekas kecil untuk diisi air kencing. Setelah selesai, air kencing itu akan dieltakkan di depan kaunter khas / tepi sinki khas. Kemudian, darah akan diambil untuk tujuan pemeriksaan darah. Setelah selesai, kami disuruh pulang. Selang beberapa hari, kami mendapat panggilan dari pihak klinik untuk diberi keputusan. Bagi klinik swasta, kami diberikan fail khas yang mengandungi semua keputusan ujian lab kami seperti, keputusan Ujian HbA1c, kolesterol, kecning manis dan lain – lain lagi. Secara amnya, keseluruhan pengalaman ibu mertua saya di klinik swasta sangat baik. Alhamdulillah, semua keputusan ibu mertua saya okay kecuali bacaan kolesterol yang agak tinggi.

Tiada bayaran. Ia percuma

  • Puasa pada malam hari sebelum membuat pemeriksaan kesihatan. Biasanya mulai pukul 11 malam, jangan makan lagi. Kalau minum air kosong, tiada masalah rasanya.
  • Sampai awal untuk temujanji pemeriksaan kesihatan. Jika appoinment anda pukul 9 pagi, pastikan 8.30 pagi anda sudah mendaftar di kaunter pendaftaran.
  • Pastikan anda tidak demam pada hari pemeriksaan. Jika sehari sebelumnya demam, telefon sahaja kepada pihak klinik untuk menunda tarikh temujanji.
  • Kalau boleh, tahan kencing dahulu sebelum melakukan pemeriksaan. Jadi, semasa anda mengisi air kencing untuk ujian, cukup kuantiti air kencing anda. Jika tidak dapat tahan, pastikan anda kencing awal – awal dahulu sebelum keluar ke klinik. Tetapi jangan lupa minum air kosong dengan banyak. Jadi, air kencing anda akan refill kembali.
  • Semasa mengisi air kencing ke dalam bekas khas, kencing sedikit terlebih dahulu, kemudian tahan air kencing, kemudian isi air kencing kembali ke dalam bekas air kencing.
  • Sebelum mengisi air kencing ke dalam bekas, basuh tangan anda terlebih dahulu
  • Setelah mengisi air kencing ke dalam bekas, tutup bekas rapat – rapat dan jangan sentuh bahagian dalam penutup untuk mengelakkan bacaan makmal kurang tepat.

Semoga perkognsian kali ini bermanfaat. Insyaallah

Leave a Comment