Pengalaman Membaiki Komputer di Kuala Lumpur: Dari Rosak Hingga Selesai

Text Size:

Oleh sebab artikel sebelum ini, saya bercerita mengenai pengalaman saya membeli laptop second hand, kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya membaiki dan servis komputer dan laptop di sekitar Kuala Lumpur. Kalau anda jalan – jalan di kawasan KL dan Selangor, ada banyak sebenarnya perkhidmatan membaiki komputer. Persoalannya ialah, kedai mana yang berbaloi untuk dikunjungi.

Bagi sesiapa yang selalu berurusan di kedai komputer sekitar KL, mesti tidak asing dengan kedai ini. Kedai ini terletak di tingkat dua Plaza Low Yat. Plaza Low Yat ini macam one stop center untuk membeli, membaiki, repair dan servis komputer di KL. Berpuluh – puluh kedai komputer di sini, tetapi anda perlu memilih kedai mana sahaja yang okay.

Setakat bertahun – tahun saya berurusan di Plaza Low Yat, kedai Sri Computer antara yang terbaik. Jika membeli peralatan komputer, saya pasti akan ke sini. Antara sebab saya memilih kedai ini, kerana pertama, harganya yang berpatutan. Kemudian, terdapat banyak pilihan. Ketiga, pegawainya sangat membantu ketika kita bertanya soalan. Dan yang paling penting, kedai ini agak besar, sudah lama ada di Low Yat dan kebolehpercayannya agak tinggi berbanding kedai lain.

Semasa zaman universiti dahulu, saya sering ke sini untuk membeli barang barang laptop. Antara barang yang saya pernah beli ialah sticker keyboard Arab (Ini adik saya yang order, sebab dia menggunakan Bahasa Arab untuk universitinya), printer, mouse, keyboard, penyerap haba keyboard, speaker, pendrive, wayar HDMI, dan banyak lagi. Kira tempat ini ialah one stop centre untuk saya dahulu.

Kedai ini juga sebenarnya mempunyai tempat khas untuk servis komputer atau laptop. Ia terletak di bahagian belakang kedai / pintu kedua yang agak jauh dari eskalator / di sebelah tempat cashier. Anda akan nampak banyak CPU. Disitulah tempat servis mereka. Saya pernah mendengar pelanggan bertanya mengenai harga servis mereka. Ini ialah senarai harga yang saya terdengar dan saya sendiri alami untuk rujukan anda semua. Harga mungkin berubah semasa anda ke sana:

  • Kos format komputer: RM 50
  • Kos beli SSD 256 GB (Ada yang berharga RM95 sehingga ke RM 110 dan ke atas. Ia mengikut jenis dan brand SSD tersebut. Harga ini tidak termasuk kos pemasangan Windows sebanyak RM50 setelah storan SSD dipasang).
  • Kos beli wayar charger laptop sahaja (Dalam RM 15 ke RM 20)
  • Kos tukar skrin laptop yang tiba tiba rosak / merah (Dalam RM 200)

Bagi saya, harga mereka agak berpatutan berbanding kedai – kedai lain di sekitarnya. Tetapi yang paling penting bagi saya ialah trusworthyness / lebolehpercayaan. Kenapa saya berkata demikian? Ia kerana saya pernah membeli charger dari kedai – kedai lain tetapi charger itu terbakar semasa saya sedang mengecas. Nasib baik tidak terbakar rumah saya)

Pada awal November tahun ini, laptop HP (Bukan Chromebook OS) saya mengalami masalah. Apabila saya switch on, akan keluar error. Laptop tidak dapat masuk sehingga ke Windows. Saya cuba switch off, kemudian switch on kembali. Tetapi, kesannya masih sama. Laptop saya tidak dapat mengakses storan. Setelah saya ambil gambar error dan tanyakannya pada ChatGpt, ia beritahu saya bahawa mungkin ada masalah dengan SSD storage. Saya terus ke kedai Sri Computer, dan menyatakan perkara yang sama. Pegawai Sri Computer membuka laptop saya dan menyemak sama ada masalah pada skru storan atau masalah lain. Setelah membuka SSD storage, dan menghubungkannya dengan komputer lain, ternyata masalah yang sama keluar; Stora SSD tidak dapat dikesan. Sayang sekali, sebab ada banyak gambar dan video kenangan saya disitu. Jadi, terpaksa saya membeli storan yang lain. Harga bagi SSD 256 GB ialah RM 95 dan kos pemasangan sistem Windows ialah RM50. Jadi, jumlah keseluruhan ialah RM 145. Proses servis mengambil masa hampir sejam. Sementara menunggu, saya ke Sungei Wang. Sungei Wang terletak bersebelahan dengan Low Yat plaza. Disitu ada kedai makan di dalam premis pasaraya Cold Storage. Makanannya disajikan dalam bentuk a la carte. Saya makan nasi putih, ayam goreng drumstick bersaiz kecil dan kuah. Kosnya hanya RM6. Kemudian, saya beli air teh tarik. Harganya dalam RM2.50. Bagi saya, ini harga yang sangat berbaloi, apa lagi, di tengah tengah KL. Setelah selesai makan, saya menuju ke Sri Computer untuk mengambil kembali laptop. Alhamdulillah, laptop kembali berfungsi seperti biasa.

Pegawai Sri Computer juga ada memberikan tips penjagaan laptop / komputer secara am. Antaranya ialah:

  • Letakkan penyerap haba di bawah laptop atau komputer. Ini untuk mengelakkan bebanan haba jika tiada ruang antara laptop dan meja / lantai
  • Tempoh hayat storan komputer seperti SSD biasanya tahan dalam 3 ke 4 tahun. Kalau selalu guna untuk video editing, dan main games yang perlukan penggunaan yang maksimum, storan akan cepat rosak. Jika hanya guna laptop untuk menulis, edit gambar video ringkas, bermain game game ringan, jangka hayat storan akan lebih lama. Tetapi, jika laptop terjatuh atau haba yang berlebihan terhasil akan menyebabkan tempoh hayatnya pendeksahaja.

Saya pernah membuat artikel mengenai keda ini di pos sebelumnya. Pada beberapa hari yang lepas, saya ke sini untuk membeli lapto Chromebook terpakai sekali lagi. Maksudnya, ini ialah kali kedua saya ke sini. Saya ke sini buat pertama kali pada bulan Ogos tahun 2025. Pada mulanya, saya agak skeptikal sama ada kedai ini betul wujud atau tidak. Setelah melakukan sedikit kajian, dan apabila sampai di kedai itu sendiri, saya yakin dengan kedai ini. Maksudnya, review tentang kedai ini, saya dapat rasa kebenarannya. Seperti yang saya kata sebelum ini, kebolehpercayaan sangat penting!

Adik ipar saya telah menggunakan laptop Chromebook second hand dari kedai ini, dan sehingga kini, masih okay. Oleh sebab itu, saya juga ingin membeli laptop terpakai untuk kegunaan harian saya. Saya whatsapp terlebih dahulu sebelum ke kedai ini. Kedai ini terletak dalam 300 meter dari LRT Miharja. Sampai sahaja, saya disapa oleh seorang pekerja yang bermana Shazabad. Saya rasa dia ialah bos syarikat ini sebab saya pernah nampak gambar dia dalam IG Jeneral Geek.

Orangnya sopan. Dia terus keluarkan satu laptop jenama HP siri Chromebook. Saya semak keadaan laptop sebelum memilih laptop ini. Setelah berpuas hati dengan laptop yang disediakan, saya terus membayar secara cash. Alhamdulillah dapat diskaun RM10. Jangan lupa tawar menawar, insyaallah pemilik kedai okay sahaja. Encik Shazabad memberikan saya charger 65 Watt. Kata beliau, charger yang 65 W sesuai untuk model laptop yang lama. Untuk model baru, charger 45W sudah memadai.

Setelah menyemak satu persatu keadaan fizikal hardware dan software laptop, saya sangat teruja dengannya. Saya sedar, risiko menggunakan laptop terpakai. Bagi saya, kalau laptop ni tahan dalam 2 ke 3 tahun pun sudah sangat berbaloi sebab kebanyakan data saya simpan di cloud / online. Jika apa – apa berlaku pada laptop, data saya masih selamat.

Saya membayar secara tunai kepada pemilik. Kemudian, urusan resit rasmi akan dihantar melalui Whatsapp. Setelah sejam, resit telah dihantar kepada saya. Secara keseluruhan, servis kedai ini sangat baik, laju respons kepada pertanyaan pelanggan di Whatsapp, sopan, tidak sombong dan membantu. Saya sangat recommend anda ke sini untuk membeli komputer / laptop terpakai. Bahkan, artikel kali ini pun ditaip menggunakan laptop Chromebook yang saya baru be;i dari sini.

Ini ialak lokasi kedai Jeneral Geek:
C-11-01(No 1), Level 11, Block C Menara Uncang Emas Jalan 5/93, Miharja, Off, Jln Loke Yew, 55200 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ia terletak dalam 300 m dari LRT Miharja. Maksudnya, anda naik LRT atau MRT akan sampai di tempat ini.

Leave a Comment