Saya sudah banyak kali berurusan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Setahu saya sejak saya kecil lagi. Ketika saya masih kecil, ayah saya sering membawa saya ke Bahagian Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur. Dahulu apa – apa sahaja urusan pesakit luar , akan diarahkan untuk ke bahagian pesakit luar HKL ini. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, (saya tidak ingat tahun berapa), bahagian pesakit luar HKL dipindahkan ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur yang terletak dekat dengan Taman Tasik Titiwangsa dan hostel Kolej Tun Syed Nasir UKM KL.
Jadi, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya, adik saya, ayah dan ibu saya ketika berurusan disini.
Pengalaman Vaksinasi Covid 19 di Klinik Kesihatan KL pada 2023
Pada tahun 2023 yang lepas, saya membawa adik saya untuk vaksinasi Covid di sini. Di waktu banyak klinik kesihatan yang lain tiada stok untuk vaksin Covid, klinik ini masih memilikinya. Adik saya terus walk in dan menyatakan hasrat kami. Pegawai kaunter menyambut kami dengan baik dan ramah. Adik saya belajar di Pondok Pesantren di Indonesia, jadi dia hanya memiliki satu dos suntikan Covid ketiak itu. Itu atas ihsan kerajaan Indonesia yang memberikan vaksin percuma untuk pelajar Malaysia di sana. Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia di mana kerajaan kita juga memberikan vaksinasi percuma kepada semua masyarakat tidak kria warganegara untuk mengekang wabak Covid 19.
Setelah pendaftaran selesai, adik saay terus diarahkan ke bilik khas untuk divaksinasi dan diberi tarikh temujanji untuk dos booster. Alhamdulillah, urusan semua lancar.
Pengalaman Membawa Adik yang tiba – tiba sakit perut mendadak pada bulan September 2025
Adik perempuan saya bekerja di sekitar kawasan Cheras. Satu hari, tiba – tiba dia beritahu yang sakit perut mendadak ketika di MRT dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Sakitnay sehinggakan hendak berjalan menjadi susah. Dia gagahkan juga untuk ke temapt kerja dengan menaiki bas perantara LRT. Sesampainya di tempat kerja, dia memberitahu bahawa sakitnya masih belum berkurang. Oleh itu saya terus bawa dia ke klinik kesihatan yang berhampiran.
Kami sampai di klinik kesihatan itu dalam pukul 10.30 pagi. Setibanya di situ, pegawai kesihatan memaklumkan bahawa jumlah pesakit yang boleh mereka layan sudah oenuh untuk masa itu. Jadi, kami terpaksa ke klinik lain. Terus saya bawa adik saya ke Klinik Kesiahtan Kuala Lumpur. Waktu itu masih agak sesak sedikit kerana masih ada keenderaan yang ingin memasuki pusat bandar. Jadi, perjalanan yang biasanya mengambil masa 20 minit, menjadi 1 jam. Tidak mengapa, yang penting adik saya dapat rawatan dari klinik kesihatan.
Pegawai kaunter dan doktor yang bertugas sangat membantu. Setelah berjumpa doktor, adik saya diambil darahnya untuk menyemak sama ada Denggi atau tidak. Setelah keputusan makmal keluar, keputusan negatif. Dokto juga suspect bahwa kesakitan itu disebabkan oleh keradangan pada apendiks (apendicitis). Tetapi hasilnya negatif setelah doktor meemriksa secara fizikal keadaan adik saya. Kemudian, doktor mengatakan bahawa kesakitian itu disebabkan oleh lambat makan, dan hari sebelumnya adik saya mengalami sembelit.
Doktor ada memebrikan beberapa ubat, dan kami terus pulang. Sebelum pulang, adik saya ada menjamah sedikti makanan di kafetaria Tu Dia Pak Tam. Makanan yang menarik juga. Alhamdulillah tempoh menunggu di klinik ini tidaklah terlalu lama. Servis doktor juga sangat baik dan ramah. Tidak menyesal saya ke sini. Secara keseluruhannya, saya sangat mengesyorkan penduduk dis ekitar Titiwangsa untuk ke klinik ini untuk berurusan. Servis mereka bagi saya setara bahkan lebih hebat daripada klinik swasta!
Waktu Operasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur?
Berikut ialah waktu operasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
- Isnin ✔️ (8 Pagi – 10 malam)
- Selasa ✔️ (8 Pagi – 10 malam)
- Rabu ✔️ (8 Pagi – 10 malam)
- Khamis ✔️ (8 Pagi – 10 malam)
- Jumaat ✔️ (8 Pagi – 10 malam)
- Sabtu ⛔
- Ahad ⛔
- Cuti Umum ⛔
Dimanakah Lokasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur in?
Bagi yang pertama kali ke sini, lokasinya ialah di Taman Tasik Titiwangsa
Lokasi Klinik di Google Maps : https://maps.app.goo.gl/1DEgPEMusRwT75Mw8
Ia terletak di belakang Pusat Darah Negara. Kalau sesiapa hendak derma darah, boleh ke Pusat Darah ini. Saya pernah beebrapa kalid erma darah disini. Nanti saya kongsikan pengalman saya dermad arah disini.
Berapakah Bayaran di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur in?
Seperti klinik kerajaan yang lain, bayarannya ialah RM 1 sahaja. Semua pembayaran dilakukan secara tanpa tuani / cashless menggunakan akd debit atau kad kredit sahaja. Touch n Go dan apa apa e dompet tidak boleh ye. Untuk perkhidmatan pergigian, kadar bayaran adalah sedikit berlainan. Sebagai contoh, pendaftaran dikenakan bayaran RM 1. kos cabut satu gigi ialah RM2 , kos pemsangan gigi palsu adalah berbeza, tetapi jauh lebih murah daripada klinik swasta.
Disini adakah disediakan kafe / kantin?
Ia , kafe disediakan. Bagi sesiapa yang pernah berurusan ke Hospital Kuala Lumpur beberapa tahun dahulu, di bahagiakn Bangunan Pakar, mesti tidaka sing dengan restoran Tuu dia Pak Tam. Ia, kedai yang sama kini beroperasi di dalam Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Bagi saya, harganya sesuai dengan taraf hidup di Kuala Lumpur.
Di dalam kafe ini, disediakan pelbagai menu yang menarik. Terdapat juga bubur, buaha – buahan dalam cawan, roti, air kotak, air mienral dan sebagainya. Meja makan disediakan di dalam dan luar kafe. Bagi anda yang ingin menjimatkan duit, bolehla membawa bekald ari rumah, dan makan di bahagian luar kafetaria.
Bagaimana pula dengan tempat parking?
Disini disediakan banyak tempat parking kereta. Saya pernah pergi ke sini dalam pukul 11 pagi, tetapi semua parking di dalam Klinik ini sudah penuh. Jangan risau, ada banyak tempat parking di sekitar Klinik Kesihatan KL yang anda boleh gunakan. Antaranya ialah anda boleh parking di:
- Parking di dalam kawasan meletak kenderaan Klinik Kesihatan KL. Biasanya penuh pada waktu puncak, tetapi mungkin kalau ada rezeki, anda dapar parking disini. Cuma anda ahrus berputar – putar mencari ruang kosong parkir.
- Anda boleh parking di kawasan parking Taman tasik Titiwangsa di sebelah kolej kediaman Tun Syed Nasir (KTSN) UKM. Kawasan parking ini kadangkala ada dilakukan aktiviti perniagaan. Tetapi masih ada banyak parking di sebelahnya. Jarak dari tempat parkir ini ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur ialah dalam 300 m ( Lebih kurang 3 minit berjalan kaki)
- Parking di sepanjang Jalan Temerloh . Di sepanjang jalan ini, memang disediakan parkir sehingga ke pintu masuk Taman Tasik Titiwangsa oleh pihak DBKL. Ingat ya, jalan ini ialah Jalan Sehala! ➡️➡️. Jarak dari tempat parkir ini ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur ialah dalam 200m ke 500m ( Lebih kurang 2 ke 9 minit berjalan kaki). Jika ada parking yang kosong, dekatlah jarak anda ke klinik.
- Parking di kawasan parkir sebelah Stadium Titiwangsa . Terdapat juga parking di kawasan ini. Untuk ke kawasan parkir ini, anda harus mengelilingi Taman Tasik Titiwangsa sebelum ke Stadium Titiwangsa, kerana ia adalah one way road. Jarak dari tempat parkir ini ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur ialah dalam 450 m ( Lebih kurang 7 minit berjalan kaki)
Bolehkah saya menggunakan pengangkutan awam untuk ke Klinik kesihatan KL ini?
Jika anda ingin menjimatkan kos ke klinik ini atau hendak mengelakkan kesesakan di kawasan Kuala Lumpur atau cuma risau tiada tempat parkir, anda boleh:
- Menggunakan MRT dan turun di stesen MRT Hospital Kuala Lumpur dan keluar di pintu B. Ia akan terus kelaur di ahdapan Istana Budaya. Jarak dari sini ke Klinik Kesihatan Kuala Lumur ialah dalam 950 m ( Sekitar 14 minit jalan kaki)
- Guna MRT dan turun di stesen MRT Raja Uda. jalan kaki, melalui IJN , seberang jalan ikut jejantas ke Perpustakaan Negara, dan teruskan perjalanan ke Klinik Kesiahtan Kuala Lumpur menggunakan pintu belakang. Jarak dari sini ke Klinik Kesihatan Kuala Lumur ialah dalam 900 m ( Sekitar 13 minit jalan kaki)
Tips atau Petua Berurusan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur?
Disini, saya kongsikan tips berurusan di Klinik Kesihatan KL:
- Datang setengah jam awal sebelum masa temujanji. Ini untuk melancarkan urusan anda pada hari itu.
- Bawa kad debit atau kredit untuk urusan pembayaran. Semua fasiliti klinik kesihatan kerajaan di Malaysia sudah mengamalkan pembayaran cashless / tanpa tunai.
- Bawa air minuman yang secukupnya kerana urusan di klinik biasanya mengambil masa sejam ke 3 jam bergantung kepada ramianya pesakit pada waktu itu. Jika terlupa bawa, anda boleh membeli air mineral di Kafe.
- Pakai mask / pelitup muka ketika berurusan di dalam klinik untuk mengelakkan terjangkit penyakit dari pesakit lain
- Jika anda risau suhu di klinik sejuk, bawa jaket / baju tebal
- Bawa aplikasi My Sejahtera untuk scan kehadiran anda ketika temujanji di kaunter pendaftaran. Jika anda walk in, boleh beritahu pegawai kaunter untuk urusan lanjut.
- Jangan terlupa untuk membawa MyKad anda. Tanpa MyKad , anda akan dikira warga asaing ketiak berurusan di kaunter pendaftaran
- Bawa kad temujanji jika ada temujanji. Jika hilang, maklumkan kepada pegawai kaunter pendaftaran.
- Bawa pen anda dari rumah. Kadangkala anda diminta untuk mengisi borang pendaftaran. Jika anda ada pen sendiri, lebih mudah urusan anda.
- Anda harus tahu anda alergic kepada ubat apa. Tulis did alam buku 555 . buku nota kecil anda senarai ubat yang anda alergic. Atau seanrai makanan yang anda alergic. Ini akan memudahkan urusan pegawai perubatan kelak
- Kemaskini nombor telefon anda di kautner pendaftaran. Kadang kala, pihak klinik akan menghubungi anda untuk seabrang perubahan tarikh temujanji.
Maklumat Menarik Tentang Klinik Kesihatan KL
Antara maklumat menarik mengenai klinik kesihatan KL ini ialah:
- Ia adalah klinik kesihatan yang terbesar di Malaysia
- Ia boleh menampung sehingga 3500 pesakit sehari. Sebab itulah, jika kita memohon temujanji di klinik ini, sentiasa ada slot yang kosong sebab kapasitinya yang besar
- Ia mengitar semual air hujan bagi kegunaan harian