Pengalaman Melawat Muzium Negara Bersama Keluarga: Aktiviti & Tips Berguna!

Text Size:

Saya sudah beberapa kali ke Muzium Negara bersama keluarga. Kali pertama saya ke Muzium Negara ialah ketika lawatan sekolah masa saya berumur 10 tahun. Itu antara pengalaman yang menarik bagi saya kerana mungkin sebab pergi bersama rakan – rakan. Dan mungkin juga kerana menaiki bas persiaran. Ketika masih kecil, saya menggunakan bas sekolah yang dipandu oleh seorang wanita cina yang kami panggil Aso, baik orangnya. Dan bas sekolah zaman saya dahulu, mana ada aircond. Jadi, bila sekolah saya kata naik bas persiaran, seronok la, sebab mesti ada aircond. Ada ada sahaja!

Berbalik kepada artikel kali ini, saya akan kongsi pengalaman , tips dan aktiviti berguna yang anda boleh lakukan ketika di sana. Mana tau, ada yang hendak ke sana tetapi ingin mengetahui pengalaman secara real.

Kami ke Muzium Negara pada tahun 2022. Ketika itu, keluarga abang saya dari Jogjakarta datang untuk bercuti atau healing ke Malaysia. Jadi, kami bawa mereka ke sini untuk merasai pengalaman di muzium Malaysia, setelah melawat beberapa tempat menarik di Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik disini yang boleh anda lakukan sendiri atau bersama keluarga seperti:

  • Melawat 4 galeri di dalam Muzium Negara iaitu :
    ➤Galeri A (Sejarah Awal) – Disini anda dapat mengenali cara hidup penduduk di zaman prasejarah seperti Paleolitik, Hoabian, Neolitik dan lain – lain lagi
    ➤Galeri B (Kerajaan – Kerajaan Melayu) – Disini, anda dapat melihat koleksi kerajaan – kerajaan Melayu di nusantara seperti Kerajaan Melayu Melaka.
    ➤Galeri C (Era Kolonial) – Disini, dikisahkan sejarah negara kita ketika dijajah oleh bangsa asing. Ingatlah saudara, jangan sampai sejarah berulang dua kali. Kuatkan persatuan dan kesatuan kita di Malaysia. Malaysia, Tanah Airku!
    ➤Galeri D (Malaysia Kini) – Galeri ini mengisahkan keadaan Malaysia sebelum merdeka sehingga kini. Semua bangsa bersatu padu membangunkan negara.
  • Melawat pameran di luar Muzium Negara iaitu:
    ➤Terdapat banyak koleksi pameran yang dipamerkan di luar Muzium Negara iaitu pameran kereta Rolls Royce. Anda boleh melihat dengan dekat kereta ini. Kereta ini digunakan oleh para pemerintah British ketika mereka menjajah Tanah Melayu.
    Replika Bas Mini Wilayah. Bagi mereka yang lahir di awal 80 an, dan tinggal di KL , Selangor, pasti kenal dengan bas mini wilayah warna pink ini. Legend bas ini. Sekarang tinggal kenangan. Bas – bas ini diganti dengan bas Rapid KL.


Ada pelbagai sebab pengunjung ke sini. Antaranya:

  • Ingin melihat sendiri sejarah negara kita bagi meningkatkan semangat cintakan negara. Terutamanya apabila anda melihat keratan akhbar ketika kemerdekaan, rasa bangga dan terharu apabila mengenang kembali perjuangan tokoh – tokoh kemerdekaan kita dalam menggapai kemerdekaan
  • Belajar dari sejarah, kerana dengan belajar dari sejarah lah, kita tidak akan mengulangi kesilapan di masa lalu.
  • Menyelami rasa kehidupan di zaman dahulu. Di Muzium terdapat replika rumah zaman dahulu, ada replika kesultanan Melayu Melaka, ada artifak, ada replika Perak Man. Kesemua ini , dengan diiringi suasana, audiovisualnya, menyebabkan kita seperti berada di masa lampau. Ini pengalaman mahal yang hanya kita perolehi jika berkunjung ke sini
  • Sumber rujukan langsung untuk kerja rumah pelajar. Sebagai contoh, anak saya kini berada di Tingkatan 1. Antara folio / kerja kursus yang perlu dia buat berkenaan zaman Prasejarah. Disni, terdapat pelbagai maklumat yang membantu kajian anak saya. Alhamdulillah

Muzium ini dibuka dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang.
Ia dibuka setiap hari.
*Hanya tutup pada hari raya pertama dan kedua sahaja

Harga tiketnya tidak terlalu mahal. Berbaloi – baloi bagi saya. Harga berbeza bagi warganegara Malaysia dan warganeagra asing.
Ingat ye, tiket tidak boleh dibeli di atas talian! Anda harus beli di kaunter Muzium Negara.

Harga Tiket bagi Warganegara Malaysia 🇲🇾 :
Dewasa (RM2)
Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (RM 1)
Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) (Percuma)

Harga Tiket bagi Warganegara Asing 🌍 :
Dewasa (RM5)
Kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) (RM 2)
Kanak – kanak kurang 5 tahun (Percuma)

Ada pelbagai cara untuk ke sana:

  • Gunakan MRT laluan Kajang.
    ➤Turun di MRT Muzium Negara.
  • Gunakan KTM Komuter dan turun di KL Sentral. Di KL Sentral, anda boleh pilih sama ada berjalan kaki / walkaway di laluan berbumbung yang akan bersambung ke MRT Muzium Negara. Kemudian, tap Kad Touch n Go anda dan keluar di pintu exit MRT yang menuju ke Muzium Negara. Caj di kad Toucn Go anda hanya dalam RM 0.80 sen sahaja. Ia memakan masa dalam 9 minit ke Muzium Negara. Atau anda boleh naik LRT Kelana Jaya Line ke arah Gombak, turun dan naik MRT laluan ke arah Kwasa Damansa dan turun di Stesen MRT Muzium Negara.
  • Gunakan e-hailing seperti Grab. Air Asia Ride
  • Memandu kereta atau motor sendiri dan parking di dalam Muzium Negara
    ➤Sediakan dan top up kad touch n go untuk memudahkan urusan parking anda.
    ➤Caj parking ialah seperti berikut: RM 3 untuk sejam pertama, RM 2 untuk sejam berikutnya.
    ➤Maksudnya ,jika anda parking dari 10:00 pagi hingga 3:21 petang, jumlahnya ialah 6 jam (sebab 5 jam 21 minit dikira sebagai 6 jam). Maka jumlah bayarannya ialah: RM3 + (5 × RM2) = RM13.

Biasalah, kalau jalan – jalan, mesti akan rasa lapar. Tambahan pula bersama keluarga. Kami makan di kafetari dalam Muzium Negara. Pelbagai jenis juadah disediakan dan bagi saya harganya agak berpatutan. Kami menikmati juadah nasi goreng biasa. Sedap betul sebab dimasak dengan fresh. Boleh juga cuba nasi goreng daging bagi yang berminat.

Update terbaru, saya perasan sudah ada Nasi Arab dan makanan yang jenis buffet. Mungkin adan boleh cuba dan tinggalkan komen dalam blog ini sama ada sedap atau tidak, berbaloi atau tidak.

Terdapat juga coffee house , iaitu Pomp’s cafe. Harganya sesuai dengan harga pasaran Malaysia. Boleh cuba juga.

Kalau anda tidak berpuas hati dengan makanan disini, anda boleh naik MRT dan terus ke MRT Pasar Seni. Di situ, ambil LRT Kelana Jaya Line. Ambil yang ke arah Putra Height dan turun di stesen LRT KL Sentral. Di situ, jalan kaki ke NU Sentral. Ada banyak pilihan makanan, tetapi harga mall lah. Maksudnye harga agak mahal.

Alhamdulillah, Muzium Negara ada menyediakan kemudahan surau untuk pengunjung. Suraunya tidak lah begitu besar atau kecil. Insyaallah, cukup. Ia terpisah dari Muzium Negara. Tetapi, masih di dalam kawasan Muzium Negara. Terdapat juga tempat mengambil wuduk disediakan disini.

Kami pergi ke Muzium negara pada hari Jumaat. Jadi, sewaktu tiba solat Jumaat, yang lelaki ke Masjid Negara untuk solat. Kami naik MRT Muzium Negara, ke arah Kajang, dan berhenti di stesen MRT Pasar Seni. Dari situ, kami jalan kaki di kawasan yang berbumbung (bukan di jalan raya), untuk ke Masjid Negara. Perjalanan kaki kami ialah dalam 10 minit. Bagi yang perempuan, kami stay di kafe Muzium Negara dan solat di kawasan Muzium.

Apabila membawa anak – anak, tandas antara tempat popular mereka 🙂 . Kadang, lepas makan ,nak buang air besar lah, nak kencing lah. Jangan risau, di muzium negara, ada tandas yang bersih juga. Saya perasan ada satu yang terletak berdekatan dengan kafe. Sangat selesa!

Semua ada. Cuma pastikan duit anda cukup 🙂 Sebab banyak cenderamata yang menarik mata memandang.

Ada banyak tempat – tempat menarik berdekatan dengan Muzium Negara:

  • Taman Botani Perdana
    ➤400 meter dari Muzium Negara
    ➤Ini ialah tempat yang paling dekat dengan Muzium Negara. Tempat ini ialah tempat riadah yang besar juga. Ada taman permainan dan tempat berjoging. Seronok ke sini. Pada pendapat saya, anda ke sini dahulu untuk bersenam, kemudian senaman. Setelah itu, ke Muzium Negara dan makan tengah hari di kafe ini
  • Planetarium Negara
    ➤800 meter dari Muzium Negara
  • Tugu Negara
  • Masjid Negara
  • NU Sentral
  • Pastikan anak anak anda makan / sarapan dahulu sebelum ke Muzium Negara. Jadi, takdelah anak anak yang meragam lapar, masa tengah menikmati pameran sejarah. Selain itu, anak anak yang kenyang , kurang sikit meragamnya.
  • Jika anda menggunakan pengangkutan awam, anda boleh menggunakan Pas 1 Hari / Unlimited yang bernilai RM6. Pastikan baki anda minimum RM5 setelah ditolak kos RM6 itu. Jika baki tidak cukup, pegawai LRT / MRT akan meminta anda tambah nilai dari RM5 hingga RM 10. Anda akan lebih jimat jika menggunakan Pas 1 Hari, kerana anda boleh travel ke mana – mana kawasan jangkauan Rapid KL.
  • Pastikan anda sampai di Muzium Negara pada awal pagi. Ini bagi mengelakkan kesesakan pengungjung yang akan mengganggu kenikmatan penceritaan sejarah di Muzium Negara
  • Pastikan anda bawa air kosong dalam botol. Air penting untuk mengelakkan dehidrasi. Pastikan setiap anak, ada botol air masing – masing. Dan tolong paksa mereka minum air.
  • Jangan lupa bawa snek ringan / roti macam Gardenia atau yang sama jenis. Pastikan setiap anak dapat paling kurang 1 roti.
  • Setiap anak bawa 1 beg. Dalam beg tu, letak semue roti , snek, botol air, makanan untuk mereka sendiri. Nanti, bila tiba masa makan, senang urusan ibu bapa.
  • Jangan lupa bawa payung . Guna payung foldable / jenis lipat yang memudahkan perjalanan anda. Kadang – kadang cuaca tidak menentu, jadi sediakan payung sebelum hujan.
  • Jika kita bawa warga emas yang sudah mempunyai sejarah penyakit, jangan lupa bawa ubat mereka. Jangan skip atau lewat beri makanan kepada mereka, bahaya nanti kepada kesihatannya
  • Semasa melakukan pembelian tiket, pastikan anda sediakan wang kecil untuk mempercepat urusan.
  • Bila naik ke tingkat 1 muzium negara, selalu perhatikan anak anda, takut kalau ada anak yang jenis aktif, kalau panjat – panjat ke railway, takut jatuh ke bawah.
  • Jika anda menaiki kenderaan seperti kereta persendirian, dan anda ke Muzium Negara, bukan pada waktu hujung minggu, pastikan anda keluar dari situ sebelum waktu pekerja – pekerja yang kerja di KL balik kerja, biasanya pukul 4.30 petang ke atas. Kalau tidak, anda akan tersangkut dengan kesesakan.
  • Jangan lupa bawa charger / powerbank kerana banyak kenangan boleh diambil di Muzium Negara. Mengambil gambar dibenarkan.

Leave a Comment