100 Cerita Lucu Pendek Terbaik

Text Size:

Marilah kita menghiburkan diri dengan koleksi cerita – cerita lucu pendek ini. Koleksi cerita ini saya kumpulkan dari pelbagai sumber. Insyaallah, dapat lah sedikit sebanyak menghiburkan diri anda. Memang hidup ini keras. Enjoy.

Seorang suami sedang minum kopi di ruang tamu pada hujung minggu. Dia terpandang isterinya yang seronok menelaah sebuah buku. Tiba-tiba air mata isterinya mengalir. Lantas suaminya yang prihatin itu terus bertanya mengapa isteri kesayangannya itu menangis. Suami: Sayang, kenapa sayang menangis?
Isteri: Saya baru habis baca buku, cerita dia sedih la bang…
Suami:: Buku apa tu Sayang? I
steri: Buku bank abanglah!!

Ada tiga orang sedang menaiki motor dan ditahan oleh polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti.
Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Seorang posmen yang datang menghantar surat ke sebuah rumah.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”

” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”

” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
……….

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
”Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”
“Dah tentu, ” jawab doktor.

“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
Budak : derma ape bang?
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya. l
Lelaki : ?????

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Aiman terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. :
Aiman: Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Aiman : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Aiman menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula kau menangis?
Aiman: Saya datang untuk ujian air kencing…

Seorang datuk membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat . Cucunya bertanya apabila melihat datuknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Kenapa kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Husin sedang memandu laju dalam perjalanan balik kampung bersama isteri dan anak-anaknya. Walaupun ditegur oleh isterinya, Hsin tetap memotong kenderaan lain dengan bangga sehingga akhirnya dia bertembung dengan lori balak.

BANG!!
Husin terjaga sambil menangis mencari isterinya.
Tiba-tiba kepalanya ditampar emaknya. “Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Bangun pegi sembahyang!”

Pak Abu menyiram kubur isterinya 3 kali sehari selama dua minggu. Jiran sdia angka dia terlalu cintakan isterinya, tapi rupa-rupanya isterinya berpesan jangan kahwin lain selagi rumput di kuburnya belum tumbuh. Jadi Pak Mat siram selalu supaya rumput dapat cepat tumbuh.

Pada suatu hari, semasa emak Masitah sedang memasak, Masitah ternampak ada uban di kepala emaknya.
Dia pun bertanya: “Emak, kenapa rambut emak berwarna putih?”
Dengan rasa malas, ibunya menjawab: “Setiap kali anak emak membuat emak menangis, sehelai rambut emak akan bertukar menjadi putih.”
Masitah berfikir sejenak dan bertanya lagi: “Habis tu, kenapa rambut nenek semuanya berwarna putih? Adakah emak selalu membuat nenek menangis?”

Murid: “Cikgu, adakah seseorang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dia buat?”
Cikgu: “Tentu sekali tidak boleh. Seseorang hanya akan dihukum jika dia melakukan sesuatu kesalahan.”
Murid: “Syukurlah cikgu… sebab saya belum buat kerja sekolah yang cikgu bagi semalam.”
Cikgu: ?}{><)(

Seorang pemuda bertanya kepada seorang pengembala biri – biri:
“Bagus ternakan biri-biri awak. Boleh saya tanya, berapa jauh biri-biri awak berjalan setiap hari?”
Gembala: “Yang putih ke yang hitam?”
Pemuda: “Yang putih.”
Gembala: “Oh, yang putih jalan 5km sehari.”
Pemuda: “Kalau yang hitam?”
Gembala: “Yang hitam pun 5km sehari.”
Pemuda: (Pelik) “Kenapa setiap kali saya tanya, awak mesti tanya ‘putih ke hitam’, padahal jawapannya sama?”
Gembala: “Sebab biri-biri putih tu saya punya.”
Pemuda: “Ooo… habis tu yang hitam tu siapa punya?”
Gembala: “Yang hitam tu pun saya punya juga.”

Seorang isteri sakit hati dan geram dengan suaminya.

Isteri: “Kenapa abang tak cakap dari dulu yang abang ni miskin sangat?!”
Suami: “Eh, abang dah cakap dah sayang… Tapi sayang yang tak dengar dan tak faham!”
Isteri: “Bila masa abang cakap? Apa yang abang cakap kat saya dulu?” (Tanya isteri dengan penuh rasa ingin tahu).
Suami: “Kan dulu abang selalu cakap, ‘Sayang, cuma awak satu-satunya yang abang ada dan dalam dunia ni…’ Tapi sayang pula pergi jawab ‘So sweet…’.”
Isteri: #!?!*’?”##!!’”?:”{:??::{ Aarrgghhhh!!!!!!

Tadi masa dalam kapal terbang, pakcik yang duduk di sebelah saya tegur saya:

Pakcik: “Nak ke mana ni, dik?”
Saya: “Ke Johor Bharu, pakcik.”
Pakcik: “Wah, samalah kita!”
Dalam hati saya: “Dah kalau kita dalam kapal terbang yang sama, mestilah tujuan pun sama, pakcik…”


Semoga dapat menghiburkan anda! Koleksi cerita lucu pendek ini akan ditambah dari masa ke semasa sehingga mencapai 100 cerita.

Leave a Comment