Saya ingin menceritakan pengalaman saya sendiri ketika mencari tool / website untuk hasilkan QR Code dari pautan laman web. Sebelum itu, anak saya ada meminta pandangan saya mengenai Kerja Kursus Geografi yang dia harus siapkan. Ketika itu, anak saya perlu membuat temu ramah berkenaan tajuk Pengurusan Sisa Pepejal.
Kemudian, anak saya membuat soalan temuramah menggunakan Google Form. Untuk memudahkan penyebaran temu ramah itu, saya mencadangkan anak saya menjadikan link / pautan Google Form itu dalam bentuk Kod QR. Jadi, mudahlah untuk ia disebarkan berbanding alamat Google Form yang panjang dan susah untuk diingat.
Disitulah, saya mula mencari – cari aplikasi atau laman web yang membolehkan kita hasilkan kod QR dengan mudah. Di dalam pencarian itu, saya menemui pelbagai jenis laman web yang kebanyakannya dari negara orang putih. Ada laman web yang penuh dengan iklan. Ada yang perlu masukkan email dan banyak halangan- halnagan yang lain.
Oleh sebab itu, saya terus membuat sendiri laman web dimana sesiapa sahaja boleh hasilkan Kod QR daripanda alamat laman web dengan cepat dan pantas. Tak sampai 10 saat, terus selesai.
Anda boleh cuba projek saya itu dibawah ini. Semoga Bermanfat. Jangan lupa kongsikan dengan rakan rakan anda.
Penjana Kod QR Kehadiran Yang Cepat & Pantas
Masukkan maklumat pautan / link Google Form atau apa apa sahaja website anda di bawah ini untuk membina kod QR dengan mudah, pantas dan percuma
KOD QR SUDAH SIAP
💡 CARA SIMPAN KOD QR:
Tekan & Tahan (long press) pada gambar QR di atas, kemudian pilih “Simpan Imej” atau “Download Image” untuk simpan terus ke dalam galeri telefon anda.
Jika anda menggunakan komputer, “Right Click” gambar untuk download dalam komputer.