Pengalaman Mengikuti Kursus DIY Soket Elektrik di Kolej Komuniti Hulu Langat

Text Size:

Pada 19 September yang lepas, saya mengikuti kursus DIY soket elektrik di Kolej Komuniti Hulu Langat.

Ini ialah kursus pertama yang saya ikuti pada tahun ini. Kursus ini di bawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat di bawah Kolej Komuniti Hulu Langat.

Saya mula terbaca mengenai kursus-kursus di Kolej Komuniti Hulu Langat ini pada beberapa tahun lepas, tetapi disebabkan kekangan masa, saya tidak dapat menyertai program-program yang dianjurkan. Pihak Kolej Komuniti ini sangat aktif menganjurkan pelbagai program-program pembelajaran, terutamanya untuk orang dewasa yang sudah bekerja. Bagi saya, ia sesuatu yang sangat bagus sekali kerana ia dapat meningkatkan dan menambah baikkan kemahiran yang kita sedia ada untuk mencipta program baru.

Saya tertarik dengan beberapa kursus yang mereka tawarkan.

Antaranya kursus membaiki telefon, kursus perniagaan, kursus DIY soket elektrik dan pelbagai lagi. Tetapi disebabkan kursus membaiki telefon dan kursus DIY soket elektrik dilaksanakan pada waktu yang sama, saya dengan sedih sekali terpaksa memilih salah satu daripadanya. Dan bagi saya, buat masa ini kursus DIY soket elektrik adalah yang paling penting untuk saya ketahui.

Saya sedikit trauma dengan hal-hal yang berkaitan dengan elektrik, jadi ilmu yang saya akan dapati di kursus ini sangat berguna sekali untuk saya dan keluarga saya.

Setelah mengetahui iklan mengenai kursus ini, saya terus menghubungi pihak yang terlibat.

Saya mengambil nombor telefon pegawai tersebut dan WhatsApp terus kepada beliau. Selang sehari, beliau menghubungi saya melalui WhatsApp dan menghantarkan tatacara pembayaran. Pembayaran untuk kursus ini boleh saya katakan sangat murah sekali, hanya RM5 sahaja. Ketika program sama dilakukan oleh pihak swasta, saya rasa yurannya akan sangat-sangat lebih besar sekali. Bagi saya, RM5 ini sangat sesuai untuk semua masyarakat menambahkan ilmu mereka.

Saya begitu bersyukur sekali kerana pihak Kolej Komuniti telah melaksanakan program ini pada harga yang sangat-sangat berpatutan.

Sistem pembayaran dilaksanakan secara online melalui sistem pembayaran Kolej Komuniti I Payments. Saya perlu ke laman web mereka dan sign up / daftar. Kemudian saya daftarkan e-mel, nama dan maklumat saya.

Setelah itu, saya harus memilih Kolej Komuniti Hulu Langat dan tandakan kursus yang ingin diikuti dan kemudian melaksanakan pembayaran secara atas talian. Sebab itu saya harus muat turun / download resit rasmi daripada Kolej Komuniti Hulu Langat yang disediakan secara automatik setelah kita membuat bayaran. Resit rasmi inilah yang harus saya hantar kepada pegawai administrasi tersebut untuk mengesahkan kehadiran saya semasa program itu akan berlangsung nanti.

Kursus yang saya akan hadiri ini dilaksanakan selama 2 jam sahaja, bermula pukul 2 petang sehingga 4 petang. Ia menerangkan mengenai panduan praktikal asas untuk semua, di mana akan terdapat sedikit praktikal dan juga penerangan yang agak ringkas tetapi mencukupi.

Mereka akan mengajarkan empat bahagian. Bahagian pertama mengenai keselamatan elektrik, bahagian kedua mengenai alat dan kod-kod warna di dalam soket elektrik, bahagian ketiga ialah amali pemasangan soket elektrik dan bahagian keempat pengujian pemasangan.

Kenapa Saya Tertarik Mengikuti Kursus DIY Soket Elektrik?

Seperti yang saya katakan tadi, saya ingin menambahkan ilmu saya mengenai elektrik.Saya ingin menghilangkan trauma saya mengenai bahaya elektrik dengan belajar daripada pensyarah yang bertauliah yang arif mengenai bidang elektrik ini. Mungkin saya dapat menjimatkan sedikit wang dengan melaksanakan sendiri jika soket-soket saya rosak atau suis rosak berbanding memanggil orang lain.

Yang terakhir, saya boleh mengajarkan ilmu ini kepada anak-anak dan saudara-saudara saya di kemudian hari.

Sebelum mengikuti kursus elektrik ini, saya memang tidak mengetahui sama sekali mengenai elektrik. Saya pernah melihat orang menukar plug dan memasang soket elektrik, tetapi saya tidak ada keberanian untuk mencubanya. Bagi saya, bidang elektrik sangat-sangat mengerikan.

Saya memang tidak pernah buat kerja elektrik sama sekali sebelum ini. Saya berharap setelah kursus selesai, paling kurang saya dapat mendekati elektrik dan memasang soket itu sendiri. InsyaAllah.

Apa Itu Kursus DIY Soket di Kolej Komuniti Hulu Langat?

Kolej Komuniti Hulu Langat ialah salah satu kolej komuniti yang terdapat di Malaysia secara amnya dan di Selangor khasnya. Setahu saya, ada juga kolej komuniti seperti Kolej Komuniti Selayang yang lebih fokus kepada bidang seperti teknologi seni game, perniagaan, kulinari, pasteri,feseyn, hotel dan pemakanan.rekaan dalaman.

Bagi Kolej Komuniti Hulu Langat, saya tidak seberapa arif tentang bidang pengajian mereka, tetapi saya ternampak terdapat pengajaran dalam bidang teknologi maklumat, perniagaan dan juga bidang teknologi penyejukan dan penyaman udara.

Lokasi Kolej Komuniti ini terletak di Prima Saujana, Kajang. Jika anda biasa pergi ke Giant Prima Saujana, di situlah terletaknya Kolej Komuniti Hulu Langat. Sekarang Giant Prima Saujana Kajang sudah tiada dan telah digantikan dengan Econsave Prima Saujana. Letaknya tempat ini betul-betul di sebelah Econsave Prima Saujana Kajang.

Ini ialah alamat penuh Kolej Komuniti Hulu Langat: Jalan Prima Saujana 2/G, Taman Prima Saujana 43000 Kajang, Selangor dan ini ialah nombor telefon yang boleh dihubungi 0387370037

Saya juga difahamkan setelah berakhirnya kursus ini, setiap pelajar akan mendapat sijil, iaitu sijil yang akan dihantarkan melalui e-mel atau WhatsApp kepada setiap pelajar. Maka setiap pelajar digalakkan untuk melengkapkan maklumat diri mereka di laman web kolej I Payments di Kolej Komuniti Hulu Langat supaya maklumat mereka tepat dan terkini.

Siapa Saja Yang Boleh Menyertai Kursus Ini?

Seperti yang dimaklumkan di dalam hantaran media sosial di Facebook rasmi Kolej Komuniti Hulu Langat, ia terbuka kepada pelajar 13 tahun dan ke atas.

Tetapi semasa saya menghadiri kursus ini pada 19 September lepas, pelajar semuda 12 tahun juga dibenarkan untuk menghadiri kursus ini. Alhamdulillah, mereka dapat pendedahan sejak awal lagi. Tetapi pensyarah selalu menjelaskan kepada pelajar muda ini bahawa ini sekadar ilmu sahaja. Jangan praktikkan di rumah, kerana mereka masih muda. Jika ingin buat sesuatu, tanya pada orang yang dewasa.

Pengalaman Saya Pada Hari Kejadian

Ketika hari pelaksanaan kursus ini pada 19 September yang lepas, saya sebenarnya mempunyai program lain di kawasan saya, iaitu program sambutan Maulidur Rasul.

Saya tiba di kolej ini lebih kurang pukul 1.45 tengah hari. Di dalam perjalanan, saya berhenti untuk solat Zuhur di Surau Ar Raudhah, surau jumaat di Prima Saujana. Setibanya saya di KK Hulu Langat, saya dapati terdapat ramai pengunjung yang menghadiri program itu kerana pada waktu yang sama pihak kolej menganjurkan program Karnival Variasi Pembelajaran Sepanjang Hayat di mana mereka melaksanakan seperti Hari Terbuka Kolej Komuniti.

Di mana terdapat pelbagai program kursus-kursus untuk orang awam. Terdapat persembahan daripada artis, tidak salah saya ketika itu artis Wany Hasrita dijemput untuk menyanyikan lagu. Kemudian juga terdapat pameran daripada Jabatan Pertahanan Awam dan juga terdapat pihak perindustrian hadir untuk memberikan penerangan tentang peluang-peluang kerjaya bagi pelajar-pelajar di kolej komuniti dan pelbagai juga tempat untuk kanak-kanak. Suasananya sangat meriah sekali.

Setibanya saya di sana, saya melihat program soket elektrik saya ini akan dilaksanakan di bilik kuliah 6. Saya mendekati bilik tersebut, tetapi tidak ada lagi kelibat pelajar-pelajar lain atau tenaga pengajar.

Saya menunggu di kawasan tersebut sehingga hampir pukul dua. Kemudian seorang pegawai membawa barang-barang elektrik dan barang lelektrik yang lain. Saya terus mengikuti beliau dan ternyata memang beliau adalah tenaga pengajar yang mengendalikan kursus pada hari itu. Sampai saya di sana, saya duduk di dalam bilik kuliah itu.

Saya boleh gambarkan bilik kuliah itu bukan seperti bilik kuliah di universiti yang agak besar. Ia lebih kepada makmal-makmal kecil untuk bidang elektrik, di mana ia mungkin boleh memuatkan lebih kurang 12 atau 13 orang pada saya kerana ia hanya mempunyai dua atau tiga meja besar, di mana setiap meja boleh ditempati oleh lebih kurang lima ke enam pelajar.

Tetapi ia sudah memadai kerana jumlah pelajar yang saya lihat hadir pada hari itu hanyalah sekitar 13 orang.

Apabila saya berada di sana, ada seorang pegawai administrasi yang memberikan senarai nama untuk saya tandakan kehadiran.Rupanya pegawai itu ialah bos kepada pensyarah kita kali ini ๐Ÿ™‚

Kemudian pegawai itu juga ada menanyakan sama ada setia peserta sudah melakukan pembayaranย  atau tidak. Setelah selesai semua itu, tenaga pengajar mula memperkenalkan dirinya. Pensyarah yang mengajar kami pada hari itu ialah Tuan Mohd Nashmal Mohamad Rozee

Penerangan Daripada Tuan Mohd Nashmalย 

Tuan Muhammad Najmi semalam memberitahu bahawa dia bekas pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan bidang pengajiannya di universiti ialah Electrical Engineering dan di kolej komuniti mengajar bidang elektrik dan fokusnya kepada bidang aircond atau penyaman udara.

Tuan Mohd Nashmal memberikan kami nota mengenai kursus DIY soket elektrik di mana terdapat pelbagai jenis info untuk panduan kami.

Kemudian beliau mula menerangkan mengenai jenis-jenis soket.

Ada pelajar yagn menanyakan tentang definisi soket daripada peserta dan sebagainya. Beliau juga menerangkan bahawa terdapat dua jenis, iaitu yang biasa kita guna di rumah itu ialah soket biasa di mana terdapat hanya 13 amp sahaja. Untuk aircond terdapat soket yang mempunyai terminal khas untuk penyaman udara dan seharusnya ialah 15 amp.

Kemudiannya dia menerangkan tentang DB, distribution box, ELCB, RCCB dan banyak lagi.

Beliau menyatakan bahawa jika distribution box kita lebih daripada 10 tahun, digalakkan untuk tukar kerana ia akan lebih sensitif. Maksudnya apa, jika ada kilat yang agak kuat sedikit, kemungkinan akan trip termasuk elektrik di rumah kita akan mati kerana sistem distribution board menganggap arus terlampau tinggi.

Jadi di sana saya terus mematikan arus elektrik. Beliau menggalakkan kita untuk tukar distribution box jika lebih 10 tahun, tetapi jika tiada masalah, boleh sahaja dikekalkan.

Kemudian beliau juga ada menceritakan pengalaman mengenai kalau ada trip di rumah kita. Perkara pertama yang kita perlu buat ialah matikan suis utama di distribution box. Jangan terus menarik mangsa yang terkena renjatan elektrik kerana kita akan terkena renjatan elektrik yang sama juga.

Kemudian dia ada bertanyakan soalan, bagaimana jika distribution box pula terbakar?

Jika perkara itu berlaku, terus tolakkan suis warna hitam di luar rumah kita untuk memutuskan arus elektrik.

Satu, beliau ada menasihatkan supaya jika kita menyeterika baju di rumah, digalakkan untuk memakai selipar getah kerana ia dapat mengelakkan renjatan yang teruk jika berlaku masalah trip.

Kemudian beliau teruskan dengan soalan beliau dengan menyatakan kod-kod tertentu di dalam distribution box seperti terdapat di dalam situ yang mempunyai kod C10 itu untuk lampu-lampu, kemudian C16 itu untuk beban di ruang tamu, C20 untuk peralatan di dapur dan C32 untuk kotak elektrik di penyaman udara.

Jika berlaku trip di rumah kita dan kita tak tahu atau kita tidak mengetahui apa puncanya, kita boleh matikan suis utama di distribution box. Kemudian kita naikkan suis yang mempunyai nombor yang rendah. Dari situ kita mengetahui puncanya dan kita akan mudah untuk menyelesaikan masalahnya.

Jika kita tidak mengetahui bahagian mana yang rosak, kita boleh terus tukar suis tersebut atau panggil pakar.

Beliau meneruskan perkongsian dengan mengatakan bahawa logam ialah pengalir elektrik yang sangat bagus, jadi agak berbahaya jika kita menyentuh wayar elektrik dengan tangan kosong. Beliau mencadangkan untuk menggunakan sarung tangan khas. Biasanya jika kita ke MR.DIY, terdapat satu sarung tangan khas untuk kerja-kerja elektrikal. Jadi kita boleh menggunakan sarung tangan itu jika kita membuat apa-apa kerja berkaitan soket.

Dan sebab rumah itu antara langkah keselamatan utama, beliau juga ada menyatakan bahawa jangan sembarangan menyentuh bahagian distribution box tersebut kerana beliau menunjukkan dengan menggunakan test pen bahawa barang-barang tersebut masih mengalirkan elektrik.

Beliau juga menceritakan pengalamannya pergi ke SIRIM. Quality Control di SIRIM, pihak SIRIM menyatakan bahawa untuk setiap soket elektrik yang mempunyai logo SIRIM, mereka akan melakukan ujian sehingga 100,000 kali. Baru mereka mengesahkan sama ada soket tersebut boleh digunakan atau tidak.

Kesimpulannya, beliau menggalakkan kita menggunakan barangan yang mempunyai pengiktirafan SIRIM sebelum membuat sesuatu.

Kemudian beliau ada mencadangkan untuk mendapatkan test pen yang agak berkualiti untuk memudahkan kita mengesan sebarang kebocoran arus elektrik.

Jika kita mendengar bunyi elektrik seperti berdengung, maksudnya suis soket dalam soket itu telah longgar ataupun rosak. Jika soket itu panas pula, itu menunjukkan soket tersebut bermasalah. Jadi kita digalakkan untuk tukar sama ada suis atau soket tersebut kepada yang baharu. Jika warna soket pula telah bertukar kepada kuning, digalakkan untuk tukar ke soket yang baru.

Kemudian ada pelajar yang menanyakan tentang berapa banyak soket yang kita boleh gunakan di setiap satu litar elektrik.

Beliau menjelaskan formula ini iaitu P sama dengan I V. P merujuk kepada kuasa, I merujuk kepada arus, V merujuk kepada voltan. Arus maksimum untuk setiap soket ialah 13 amp.

Jadi, jika kita ingin mengira berapa maksimum soket boleh bawa, 13 amp didarabkan dengan 240 volt, iaitu 3,120 watt.

Di mana itu harus merujuk kepada 13 amp. Voltan rumah di Malaysia sama-sama itu 240 volt, jadi 3,120 watt.

Jadi beliau menggalakkan untuk kita selalu melihat watt barang elektrik. Tengok label di situ kerana di situ ada menerangkan berapa banyak watt yang boleh digunakan. Jadi kita tambah-tambahlah bilangan watt itu tidak melebihi 3,120 watt.

Tuan Najmi juga ada menerangkan mengenai jenis litar gelang dan litar jejari. Jadi merujuk kepada penggunaan soket elektrik.

Saya juga ada bertanya mengenai rakan saya yang menambahkan soket baru daripada soket di rumah saya dan menambahkan sehingga tiga soket baru sebelah bersebelahan. Beliau menyatakan bahawa itu dipanggil litar jejari dan digalakkan hanya tambah satu sahaja daripada soket asal.

Beliau menerangkan bahawa kawasan yang menambah sehingga tiga soket baru di ruang tamu, jawapan beliau ialah insya-Allah tiada masalah kerana ruang tamu biasa yang tidak menggunakan jumlah unit yang begitu besar, barang-barang seperti modem telefon, televisyen yang tidak menggunakan elektrik yang terbesar.

Jika yang dilaksanakan di ruang dapur, tidak digalakkan untuk lebih daripada satu soket tambahan.

Keselamatan Elektrik Sangat Ditekankan

Pensyarah ini sangat memfokuskan kepada keselamatan penggunaan elektrik, di mana beliau selalu menggalakkan teknik yang betul sebelum melaksanakan sebarang kerja elektrik.

Antaranya gunakan peralatan yang bersesuaian dan selamat. Selain itu, jangan sentuh wayar terbuka dengan tangan basah kerana tangan kita ialah pengalir yang bagus. Air juga pengalir elektrik yang bagus, minyak juga ialah pengalir elektrik yang bagus. Jadi sentiasa pakai sarung tangan khas yang digunakan untuk kerja kerja elektrikal, kasut keselamatan semasa menggunakan atau melaksanakan sebarang kerja-kerja elektrik di rumah.

Jika kerja elektrikal itu menggunakan atau melibatkan benda-benda yang kompleks, kita digalakkan untuk menggunakan tenaga elektrik yang profesional.

H2: Mengenali Jenis-Jenis Wayar Elektrik

Bagi atas pengetahuan asas elektrik, beliau ada menerangkan tentang jenis-jenis wayar. Terdapat tiga jenis wayar, iaitu wayar neutral dan fungsinya meletakkan N, kemudian wayar live membekalkan arus elektrik dan terakhir wayar bumi melindungi daripada kebocoran arus elektrik.

Setiap wayar ini mempunyai peranan masing-masing.

Wayar lagi tanda-tanda kerana wayar boleh terbuka, jadi sebelum memasukkan wayar ke dalam soket, pastikan kita melihat pada label-labelnya sendiri dan setiap soket di Malaysia telah ditandakan dengan tanda-tanda tersebut. Jadi mudahlah untuk kita mengesan dan pastikan jenis-jenis wayar di tempat masing-masing.

Beliau ada menyatakan bahawa untuk wayar live biasanya warna wayar ialah merah atau coklat. Wayar neutral warna hitam atau biru. Wayar bumi warnanya hijau atau kuning.

H2: Bahagian Amali Pemasangan Soket Elektrik

Bahagian yang ditunggu telah tiba, iaitu cara pemasangan soket elektrik.

Setiap pelajar dibekalkan dengan wire stripper. Peralatan ini adalah satu jenis semacam gunting khas yang mana kita boleh memotong wayar untuk mendapatkan wayar yang diperlukan. Kemudian dengan wire stripper kita boleh membuka kulit wayar itu dan mengeluarkan bahagian tembaga untuk menyambungkan wayar itu di dalam soket tersebut.

Kemudian kami juga disediakan dengan test pen dan juga peralatan tambahan yang lain.

Ok, menurut pengajar, cara pemasangan elektrik terbahagi kepada 5 bahagian.

Yang pertama, matikan bekalan elektrik di bahagian utama iaitu di distribution box. Pastikan bekalan elektrik di sini dimatikan untuk mengelakkan sebarang renjatan elektrik.

Yang kedua, keluarkan protector jet lama jika ada kerana jika kita ingin menggantikan soket baru, kita harus menggantikan dahulu soket lama.

Dan apabila anda membeli penutup soket yang baru, pastikan anda membeli produk soket yang mempunyai tanda SIRIM dan beli di tempat-tempat yang dikenali ramai seperti mungkin hardware yang terkenal ataupun tempat membeli yang terkenal seperti MR.DIY dan lain-lain lagi.

Kemudian sambungkan wayar live, neutral dan bumi ke terminal yang betul.

Semasa menyambungkan wayar tersebut, pastikan semua wayar atau besi-besi kecil di dalamnya masuk sepenuhnya ke dalam ruang terminal dan terus ingat habis. Jangan strip atau jangan keluarkan bahagian besi-besi itu terlalu banyak. Keluarkan secukupnya sahaja untuk memasuki ruang terminal.

Setiap kali datang itu, tutup soket, pasang kepala soket dan penutupnya, iaitu uji soket menggunakan penguji elektrik.

Jangan risau, di dalam kursus ini pihak penganjur akan menguji soket yang telah kita laksanakan.

Sepanjang latihan kami semua di situ, terdapat beberapa pelajar yang soket mereka tidak menyala, di mana pihak penganjur menyambungkan soket menggunakan mentol. Tidak menyala, sebab nak elak ada kepala plug yang tidak mempunyai kapasitor.

Fungsi kapasitor ini lebih kepada untuk mematikan arus jika ia sampai ke tahap tertentu. Jadi apa yang ada di sini lebih kepada keselamatan.

Jadi setelah menggantikan plug yang baru yang mempunyai kuasa yang betul, akhirnya soket tersebut adalah hidup.

Terdapat juga peserta yang soket mereka trip. Setelah dilihat dan diteliti oleh tenaga pengajar, barulah didapati terdapat wayar yang terkeluar sedikit. Itu menyebabkan trip.

Jadi tenaga pengajar menyatakan bahawa untuk menyebabkan trip, benda seperti itu pun akan menyebabkan renjatan elektrik. Jadi kita harus berhati-hati dan ikut langkah yang sesuai untuk setiap kerja elektrik.

Alhamdulillah, saya berjaya dengan jayanya.

Walaupun pada mulanya saya strip wayar terlalu banyak, terlalu banyak sehingga susah hendak dimasukkan ke dalam terminal tersebut. Jadi saya terpaksa guntingkan wayar itu dan menyesuaikan kepanjangannya dengan kepanjangan ruang terminal untuk mendapatkan hasil yang kemas dan selamat.

Setiap peserta yang menguji soket mereka akan diambil video sebagai tanda bukti bahawa mereka telah berjaya.

H2: Pengalaman Saya Selepas Mengikuti Kursus

Secara keseluruhannya, saya sangat seronok menghadiri kursus ini dan saya berharap mungkin pada masa akan datang akan ada lagi kursus, mungkin pemasangan barang elektrik atau pemasangan kipas atau lampu kalimantang, lampu dan benda-benda elektrikal yang lain.

Jadi sebagai pembantu orang, mungkin dapat menjimatkan sedikit wang untuk servis sendiri di rumah dan juga saya tunggu tambah pengetahuan am daripada tenaga pengajar yang bertauliah kerana saya lebih selesa menghadiri kelas yang diajarkan oleh tenaga pengajar di kolej kerana saya tahu kredibiliti mereka.

Insya-Allah ilmu yang mereka ajar dan semua yang menyatakan praktikal dan pasti terjamin.

H2: Bahagian Paling Menarik Sepanjang Kursus

Antara bahagian paling menarik sepanjang kursus ini ialah semestinya bahagian amali pemasangan soket yang pada mulanya saya ingat hanya penerangan ringkas dan penceritaan mengenai sesuatu, tetapi mereka pergi jauh lebih daripada itu untuk membenarkan belajar membuat amali pemasangan soket.

Amali pemasangan soket itu sangat-sangat bermakna kerana saya dapat ilmu dan juga saya dapat pengalaman lain di situ.

H2: Apa Yang Saya Rasa Selepas Berjaya Menyiapkan Amali?

Apa yang saya rasa selepas berjaya menyiapkan kerja, semestinya saya rasa begitu puas dan saya yakin dan saya rasa sangat teruja.

Saya dapat ini.

Pada mulanya memasang elektrik ini agak susah sangat, tetapi setelah dapat ilmu yang betul, akhirnya saya dapat melaksanakan dengan jayanya dan terbukti tenaga pengajar juga menyatakan kepada saya, kemas, bagus dan memang litar berjalan dengan baik. Alhamdulillah.

H2: Adakah Kursus DIY Soket Sesuai Untuk Umur 13 Tahun Ke Atas?

Bagi saya, sangat sesuai untuk remaja dan orang dewasa kerana ilmu saja tidaklah begitu kompleks dan dapat difahami oleh setiap lapisan masyarakat.

Dan ia sangat sesuai bagi mereka yang baru mula belajar elektrik. Cara-cara pensyarah itu menerangkan setiap konsep, setiap amali, setiap langkah keselamatan sangat jelas, teratur dan memberi ruang kepada setiap pelajar untuk bertanyakan soalan jika tidak memahaminya.

Dan saya dapat rasakan semangat pensyarah ketika menyampaikan ilmunya nampak sangat tinggi membantu setiap pelajar. Walaupun yurannya hanya RM5, saya rasa ilmunya sangat-sangat bernilai sekali.

H2: Apakah Kelebihan Yang Saya Dapat Daripada Kursus Ini?

Saya dapat pengalaman hands-on itu, praktikal tentang cara pemasangan yang betul dan diajar tenaga pengajar bertauliah dan lebih mengenali kerja-kerja elektrik seperti nama wayar, soket, warna wayar, arus maksimum yang boleh dikenakan terhadap soket, teknik-teknik elektrik yang betul, peralatan yang betul.

Semua itu sangat-sangat bernilai.

Bagi saya, saya dapat pengalaman yang bagus sebab ia menjadikan kemahiran yang saya rasa bagus pada masa depan untuk semua rakyat dapat menimba ilmu sepanjang hayat mereka.

H2: Apa Yang Saya Rasa Boleh Dibaiki?

Bagi saya, teknik pengajaran dan ilmu yang diajar, tempat, meja, semua sangat-sangat bagus.

Tetapi saya rasa mungkin boleh ditambahkan masa daripada dua jam ke tiga atau empat jam. Bagi saya, masa yang diberikan mencukupi, tapi kalau ditambah ke tiga atau empat jam macam itu, mungkin pelajar dapat belajar dengan lebih lengkap lagi dan mungkin lebih banyak ilmu lagi yang nak dikongsikan oleh pensyarah.

Tetapi saya memahami perkara ini kerana kursus dalam bilik yang besar akan berlangsung serentak dengan program Hari Terbuka. Semestinya dua jam sudah memadai, tetapi mungkin pada masa akan datang jika ada program khas, mungkin bolehlah dari pagi sampai petang.

Pensyarah juga ada menyatakan bahawa memang ada program yang dari pagi dan petang yang lebih lengkap, tetapi bukan untuk buat sekaranglah untuk masalah ini.

Mungkin akan diadakan mengikut permintaan dan kekangan waktu dan kesediaan pensyarah mengajar.

H2: Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, saya rasa setiap masyarakat haruslah menambahkan ilmu mereka, memperbaharui dan memantapkan kemahiran dengan menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan sama ada oleh kerajaan atau pihak swasta yang mungkin dapat membantu kita pada masa hadapan dan mungkin juga mencipta peluang perniagaan yang baru.

Kalau saya dapati terdapat juga pelbagai program seperti jahitan tote bag, jahitan baju dan pelbagai kursus lain dan sebagainya, mungkin dapat membantu mereka lain bagi pandangan mereka dan selamat.

Baguslah kerajaan melaksanakan program ini dan semoga berterusan pada masa-masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment