Pengalaman Buat Spek di Sungei Wang Plaza KL – Harga, Pilihan Frame & Proses Buat Cermin Mata

Text Size:

Hari ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya membeli kaca mata di Sungei Wang, Kuala Lumpur. Saya mula memakai spek mata semasa berumur 13 tahun. Pada masa itu, saya tidak dapat melihat apa yang cikgu saya tulis di papan hitam. Kemudian cikgu saya mencadangkan saya membuat ujian mata di kedai mata. Setelah membuat pemeriksaan penglihatan mata, pegawai di kedai makan itu memberitahu bahawa saya rabun jauh. Dia mencadangkan agar saya membuat kaca mata secepat mungkin, dan di situlah pertama kali saya memakai kaca mata.

Saya akui sewaktu mula-mula memakai kaca mata, saya berasa agak janggal sekali sebab saya tidak biasa memakai kaca mata. Tapi setelah beberapa lama, hari ini rasa janggal itu hilang begitu sahaja dan saya tidak boleh hidup tanpa kaca mata. Kaca mata ini saya buat berpuluh-puluh tahun yang lepas.

Setelah itu, saya sering ke Kuala Lumpur untuk bertamasya di kawasan Plaza Imbi (sebelum itu belum ada Lowyat). Saya biasa pergi ke Plaza Imbi dan Sungei Wang. Di situlah saya baru mengetahui bahawa terdapat pelbagai kedai spek di Sungei Wang dan saya agak terkejut dengan harganya yang bagi saya agak murah. Proses pembuatan kaca mata itu sangat cepat, biasanya sejam sehingga 2 jam selesai. Ini berbeza sekali dengan kedai-kedai cermin mata yang lain yang berdekatan kawasan saya. Biasanya tempoh siap mereka kadang-kala sehingga beberapa hari. Antara alasan mereka kerana nak order stok baru dan sebagainya.

Tetapi berbeza sekali di Sungei Wang kerana kebanyakannya dapat siap dengan cepat. Harganya pula sangat berbaloi dan biasanya disebabkan terdapat beberapa kedai, jadi mereka berebut-rebut melakukan promosi. Jadi dapatlah harga yang lebih murah tetapi kualitinya masih dijaga. Kenapa saya kata kualiti masih dijaga? Kerana saya telah menggunakan servis di beberapa kedai tersebut sudah hampir 10 tahun lebih dan kebanyakan spek mata saya dapat bertahan sehingga bertahun-tahun. Jadi dapat disahkan bahawa kaca mata mereka, insya-Allah tahan.

Jika anda tiba di Sungei Wang, kedai-kedai kaca mata ini terletak di Aras 1 atau Aras Ground Level. Sebaiknya anda membuat perbandingan harga terlebih dahulu untuk mendapatkan harga yang sesuai dengan citarasa anda, dan juga mungkin untuk anda memilih pilihan orang kata frame kaca mata. Kerana biasanya agak berbeza frame dari satu kedai ke kedai lain. Ada kedai yang lebih cepat, ada kedai yang agak lambat. Agak lambat mereka sangat subjektif kerana sejam dua jam bagi mereka itu dah sangat cepat. Bagi saya, berbeza dengan kedai lain, insya-Allah stok kedai mereka sangat bagus.

Dan minggu lepas, frame kaca mata saya tiba-tiba patah. Biasalah, mungkin saya tertidur. Bila saya terbangun, tiba-tiba besi penyambung ke kanta spek tiba-tiba patah. Tidak mahu tidak mahu, saya terpaksa menukar spek. Jadi kebetulan pagi tersebut saya ada urusan yang penting, saya tidak dapat datang esok mungkin ke Sungei Wang. Buat sementara waktu, saya menggunakan gam untuk melemgam sementara kanta itu. Kemudian saya terus ke Sungei Wang.

Sungei Wang terletak di kawasan Bukit Bintang. Anda boleh sampai ke Sungei Wang sama ada menggunakan LRT, MRT, atau bas RapidKL. Anda juga boleh menggunakan ejen lain seperti Grab dan sebagainya. Tempat yang mudah dicapai. Sampainya saya di sana, saya berjalan ke beberapa kedai dan saya terus bergerak ke kedai yang bernama Ismart Vision. Saya bertanyakan sama ada ada atau tidak frame yang sesuai dengan kanta saya kerana saya masih sayangkan kanta saya. Jadi saya hanya mahu menukar frame sahaja.

Kemudian pegawai itu memberitahu bahawa harga frame lebih kurang RM30, dan bagi saya harga itu agak menarik kerana ada sesetengah kedai lain yang menawarkan RM50. Dan saya juga terus mencari langkah yang sama di online seperti di Shopee atau Lazada, ada yang menjual RM35 dan sebagainya tetapi kos penghantaran atau mungkin lambat sampai, jadi agak sukar. Jadi saya lebih selesa terus ke kedai di Sungei Wang.

Kemudian pegawai itu mencari-cari dan akhirnya berjumpa dengan satu frame yang sesuai dengan kanta saya, warna hitam. Alhamdulillah, saya terus tukar kanta saya dan on-the-spot siap. Saya terus beli dekat Ismart Vision seperti biasa.

Setelah beberapa tahun pergi ke Sungei Wang ini, saya dapati jika anda ingin membuat spek yang biasa sahaja—apabila saya kata biasa, iaitu spek sama ada rabun jauh sahaja, bukannya kedua-dua rabun jauh dan dekat atau astigmatisme—anda boleh lakukan di Sungei Wang kerana harganya memang berpatutan. Jika jenis spek lain seperti yang menyerap pantulan cahaya, bagi saya harganya tidak jauh beza dengan tempat-tempat lain. Tapi anda belum cuba bertanya, biasanya agak murah sedikit berbanding yang lain.

Jadi sangat berbaloi kerana jika anda di sini, anda boleh pergi ke tempat lain juga seperti di Lowyat di mana ada banyak perkakasan komputer yang agak murah, atau boleh terus ke Lot 10 atau ke Plaza Imbi.

Di kedai Ismart Vision, saya dapati servis mereka baik dan bagus kerana sampai sahaja di kedai situ, pegawai tersebut terus bertanyakan apa yang saya perlukan. Layanan sangat bagus. Bila saya bertanya, mereka menjawab. Bila saya tanya harga, mereka menjawab dengan sopan dan mereka jemput saya duduk seketika sementara menukar barang saya. Servis sangat-sangat bagus daripada mereka dan saya sangat syorkan untuk pergi ke kedai Ismart Vision. Terdapat pelbagai pilihan juga spek atau jika anda ingin bas/tukar frame baru, atasan yang dirangka, atau nak belikan kanta, atau membuat kaca mata hitam atau sebagainya, semuanya ada di sini. Pastinya anda boleh bandingkan harganya dengan kedai-kedai lain.

Beberapa tahun lepas, saya juga ada membuat spek baru di sini dan ketika itu pegawai kedai ada menyatakan tentang pelbagai jenis kanta kaca mata. Saya tidak begitu arif dengan jenis-jenis kanta untuk kaca mata, tapi mereka ada menyatakan seperti kanta biasa, kanta silau, kanta pusing, dan sebagainya. Saya hanya pilih kanta biasa sahaja dan bagi saya itu sudah mencukupi. Kerana jika anda menggunakan kanta-kanta yang lain, dia sudah pasti akan ada penambahan dari segi harga. Tapi jika anda rasa berbaloi, silakanlah. Anda boleh menggunakannya sama ada memiliki kanta yang memudahkan pemanduan di siang hari, kanta silau pula terlebih nampak selesa tak penat mata, ataupun kanta yang sesuai jika anda selalu menghadap komputer dapat mengurangkan kesakitan mata dengan penggunaan panjang dan pelbagai jenis kanta mata. Dan saya begitu selesa dengan penjelasan mereka.

Masa itu, bila saya mahu beli spek mata saya, saya membayar hampir RM75. Itu ialah harga spek dan juga harga kanta. Harganya agak murah. Dan mungkin boleh beli frame di kedai-kedai luar, contohnya kedai di kedai luar ada juga jual frame, anda dah beli, tinggal buat kanta sahaja di sini. Jadi kalau ada frame anda beli frame kaca mata di kedai luar, anda terus datang nak buat kanta itu mungkin lebih murah. Cuma mungkin RM50 anda sudah dapat. Tapi jika anda ingin memilih frame di kedai pun boleh juga, harga ada yang RM50, ada RM60, RM70, bergantung jenis apa yang anda mahukan.

Bagi cara pembayaran pula, anda boleh membayar secara cash atau DuitNow / perbankan dalam talian. Sekarang semua transaksi dah mudah.

Saya juga pernah membawa emak saya untuk membuat kaca mata kerana emak saya merasakan sudah agak pening-pening mata. Macam biasalah, mereka akan membuat ujian untuk memeriksa power ataupun kuasa penglihatan emak saya, sama ada rabun jauh, dekat, atau kedua-duanya termasuk astigmatisme. Di situ mereka membuat segala ujian di satu bilik gelap khas. Memakai kaca mata khas, di situlah emak saya akan menjawab pelbagai soalan dan masa itu optometris akan mengubah kanta untuk kesesuaian emak saya.

Layanannya sama. Saya buat kaca mata emak saya daripada mereka di situ juga, kalau tak silap saya lebih kurang RM180 atau RM170 harganya. Kerana ada satu kedai itu bagi harga untuk rabun baca dan rabun dekat, dia dah agak mahal pasal dia bergabung dua kanta dalam satu spek. Tapi masih berbaloi bagi saya berbanding dengan kedai-kedai di luar.

Rasanya setakat ini sahaja perkongsian pengalaman saya berkenaan pengalaman membeli spek, membuat spek, membuat kanta di sini. Semoga dapat memberikan manfaat kepada anda semua.

Leave a Comment